Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, semakin hari saya mampu menulis perkara berkaitan insurans / takaful hampir setiap hari! (ada dua atau tiga entri setiap hari) Mulanya memang janggal setelah lama tidak menulis, saya kembali menulis untuk berkongsi apa yang tahu dalam benak kepala saya.
Adakah saya menulis atas soal minat insurans / takaful?
Saya menulis bukan soal minat SANGAT pun. Ianya mengenai kesedaran, lebih dari sekadar minat. Kalau minat, ianya umpama di kaca TV keluar satu pakaian yang sangat cantik. Anda lihat, dan anda kata ‘Anda minat’. Anda puji.
Lama-kelamaan, peredaran masa berlalu. Ada perkara lebih baik, lebih cantik datang – anda pun kata, ‘Saya minat yang ini.’ Habis itu, yang lama macam mana?
Minat dan Kesedaran.
Soal insurans / takaful ianya lebih dari minat. Ianya tentang kesedaran.
Ya, anda memang tak minat pada insurans / takaful setelah anda dengar kes tipu, kes tak boleh buat tuntutan, kes macam-macam yang tak seronok. Anda katalah pada ejen yang approach anda – ANDA TAK MINAT. Lalu, anda lalui kehidupan seharian. Sambung belajar, menikmati kenaikan pangkat dan gaji, anda mula berkahwin dan seterusnya mempunyai anak.
Ketika fasa kehidupan sedang berterusan, anda mengalami keadaan yang luar biasa. Berlaku kemalangan, anda jatuh sakit, kalau bukan anda sakit, anak bini pula jatuh sakit. Syarikat anda bekerja kata keluarga anda dah guna kuota lebih dari sepatutnya. Anda kena guna duit sendiri.
Saya tanya anda – adakah ketika ini soal MINAT itu akan hadir di mulut anda?
Mungkin anda baru sahaja demam denggi, kemalangan itu tak patah tangan lagi. Ejen-ejen insurans / takaful boleh dikatakan masih MINAT mahu membantu anda….
Cuba bayangkan, lebih teruk dari itu – ada penyakit saraf, ada masalah jantung, ada kencing manis, ada darah tinggi. Maaf, ketika itu tiada siapa yang MINAT untuk membantu anda.
“Apa pendapat abang mengenai insurans / takaful?”
“Abang tak minat lah benda-benda macam ini.”
“Abang tak perlu minat pun tak pe.”
“Tak yah la dik.”
“Karim (nama saya petih entah mana), dia kirim salam kat abang.”
“Eh, Karim mana plak?”
“Kenapa abang minat nak dengar pulak pasal Karim?”
“Ye la. Mana tau, Karim tu orang penting ke.”
“Saya saje je guna nama Karim tu. Saya nak cakap, abang belum kenal lagi Karim. Tapi berminat nak tahu pasal Karim. Kenapa tidak saya cerita sikit, pasal insurans / takaful yang sepatutnya. Lepas itu abang decide tak minat ke minat. Boleh bang?”
“Hmm. Okay.”
Saya pun tak minat insurans / takaful. Tapi saya mempunyai kesedaran bahawa insurans / takaful adalah sesuatu yang sangat penting.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid
Mohon share
LikeLike
terima kasih tuan atas perkongsian. saya dapat ilmu baru harini.. saya rakan ejen yang baru masuk bidang takaful ni.
=)
LikeLike