Gimik Ejen VS Realiti Sebenar berlaku dalam industri Insurans / Takaful.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Di pasaran Insurans / Takaful, ada segelintir (maksudnya sedikit) menggunakan gimik-gimik tertentu untuk membawa anda kepada ‘closing’. Ini ada beberapa contoh, saya kumpul.

Adib Yazid Tips Insuran dan Takaful

GIMIK EJEN: ‘Kami mempunyai semuanya dalam satu polisi. Jauh lagi baik daripada syarikat lain yang buat 2-3 polisi berasingan.’

Realiti Sebenar: Memang hari ini ada satu polisi yang merangkumi banyak benda – contohnya ‘investment linked plan’. Ada asas perlindungan, kad medikal dan simpanan sekali. Ada tambahan, perlindungan wanita dan pendidikan. Sebenarnya, semua syarikat rata-rata mempunyai plan sebegini. 1 polisi, polisi ke – 2 ke, ada 3 polisi sekalipun, yang penting anda dilindungi dengan jumlah perlindungan yang secukupnya.

GIMIK EJEN: ‘Kami mempunyai kad medikal boleh swipe. Terus dapat tahu maklumuat dan proses pun cepat.’

Realiti Sebenar: Sebenarnya swipe kad atau manual (tunggu GL, faks), prosedur tuntutan hospital ambil masa yang sama sahaja. Doktor perlu isi borang dan nyatakan simptom penyakit atau tahap kecederaan, sebab kenapa dia perlu diwadkan dan sebagainya. Ini yang biasanya ambil masa untuk masuk hospital sebelum Guarantee Letter dikeluarkan.

GIMIK EJEN: ‘Kami mempunyai kad medikal terbaik, paling baik dalam pasaran. Tuntutan mudah lulus. Syarikat lain ada masalah tuntutan. Ada tak bayar.’

Realiti Sebenar: Semua tuntutan perlu memenuhi syarat-syarat. Lulus atau tidak tuntutan itu, kena lihat faktor kena tuntutan di-‘rejek’. Bukan sebab ‘brand’. Kalau cap ayam sekalipun, tuntutan berbayar adalah sangat bagus. Pegang ayat ini:

The best insurance policy in the world, is when claim happened – it can be delivered.

Jadi, lihat dulu, dengar dulu kenapa beberapa kes tuntutan kena rejek. (Saya pun ada kes kena rejek, tapi disebabkan pelanggan tidak beritahu perkara sebenar Non Disclosure)

GIMIK EJEN: ‘Kami punya ada saving & investment. Tak macam syarikat lain, bayar nanti hangus. Rugi je anda simpan duit dalam insurans macam tu.’

Realiti Sebenar: Anda kena faham, setiap perlindunan insurans / takaful ada caj dikenakan. Bukan diberi secara percuma. Dan caj-caj ini memang hangus jika tiada tuntutan. Lagi satu, anda kena faham beberapa jenis plan insurans / takaful ini. (Anda boleh ambil PCEIA – Pre Contract Examination for Insurance Agent untuk lebih faham). Kalau mahu lihat samada hangus ke tidak, setiap proposal atau polisi ada jadual mengenai ‘cash value’ atau ‘surrender value’. Insurans / takaful nyawa takut duit hangus, tapi insurans kereta hangus je nilainya, anda tak gelabah pun. Betul bukan?

GIMIK EJEN: ‘Kami punya coverage sejuta RM1,000,000. Bayar rendah je sebulan RM100. Siap ada savings dan investment lagi.’

Realiti Sebenar: Rasa kelakar pun ada. Untuk mempunyai pelan RM1,000,000, cuba tanya ejen anda berapa anda perlu mencarum. Bukan RM1,000,000 kad medikal tapi insurans / takaful nyawa. Hari ini memang terlalu lazim, ejen menggunakan gimik ‘jutaan’ dan dibandingkan nilai caruman yang hanya ‘ratusan’ Itu sebenarnya berkaitan dengan limit seumur hidup kad medikal. Cuba baca polisi pula, berapakah had tahunan pula? Mungkin hanya RM50,000 setahun atau RM100,000 setahun. Mana datangnya nilai RM1,000.000. Jangan tertipu. Baca polisi.

Anda sebagai pembaca, boleh bagitahu saya lagi gimik-gimik yang telah dilakukan oleh ejen-ejen insurans / takaful.

Saya pun pernah buat gimik. Nak tahu gimik saya?

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s