Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bulan Ramadhan yang lepas, saya telefon klien-klien saya yang mana dalam bahagian penama tiada langsung lagi. Ada klien yang masih berkira-kira kepada siapa yang hendak diberi pampasan kematian. Ada juga tak faham apa itu HIBAH.
Definisi Hibah.
Hibah ialah pemberian sukarela dari pemberi hibah kepada penerima hibah yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa menerima sebarang bentuk balasan.
Harta yang boleh dihibah.
Semua jenis harta yang di atas nama pemilik boleh dihibahkan. (Nama orang lain mana boleh, bang.) Contoh seperti hartanah (rumah, tanah, kondominium, apartment dll.), saham syarikat ( sama ada Sdn.Bhd. atau Berhad.) dan saham-saham unit amanah (BIMB unit trust sahaja).
Tujuan Hibah dibuat.
Bagi orang Islam. Hibah adalah satu instrumen yang paling tepat sekiranya pemilik ingin memberikan hartanya kepada sesiapa yang dikehendakinya. Contohnya, jika seorang ayah ingin anak angkatnya memiliki rumahnya selepas dia meninggal dunia kelas, dia perlu membuat dokumen Hibah yang mengisytiharkan bahawa dia menghibahkan rumah tersebut kepada anak angkatnya.
Kesan Hibah.
Semua harta yang telah dihibah akan terkeluar dari harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut Hukum Faraid. Ini bermakna hasrat pemberi hibah untuk memberikan sesuatu harta itu kepada sesiapa yang menerima Hibah tersebut akan tercapai.
Siapa yang perlu buat Hibah.
Sesiapa sahaja yang berniat untuk mewariskan sesuatu hartanya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Contohnya suami ingin menghibahkan rumah kepada isterinya, ibu atau bapa angkat ingin menghibah rumahnya kepada anak angkat, datuk atau nenek ingin menghibah kepada cucunya dan sebagainya. Pendek kata kita boleh menghibahkan apa sahaja harta kita kepada sesiapa sahaja yang kita ingini sama ada waris atau bukan waris kita.
Insha Allah, saya akan sentuh hibah bersyarat dalam Takaful.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid