Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, blog ini sedang dalam mengalami peningkatan. Dari segi content terutamanya. Walaupun saya memilih mengenai kewangan, saya memang sengaja selitkan dengan tip-tip kehidupan.
Ketika ini, saya masih berseorangan menulis dalam blog ini (dah namanya pun satu Adib Yazid) – jadi saya tengah cuba eksplorasi beberapa tajuk. Ini adalah rangkanya:
- Berita pihak berkuasa (BNM, Kementerian Kewangan, Kesihatan dll) yang boleh mempengaruhi manfaat kesihatan atau perancangan kewangan pelanggan.
- Petua-petua kesihatan.
- Berita produk / perkhidmatan baru dalam Insurans / Takaful. Sudah semestinya dari Prudential.
- Beberapa petua yang berkaitan dengan kehidupan. Contoh:
#. Senarai semak untuk pemindahan rumah.
#. Persediaan majilis perkahwinan.
#. Persediaan menimang cahaya mata.
#. Persediaan bersara.
#. Persediaan bercuti dan sebagainya.
- Berita-berita mengenai industi ini (insuran / takaful ) secara meluas.
- Petua-petua atau tips-tips perancangan kewangan.
Wow! Insha Allah dengan kemampuan masa dan fikiran saya akan cuba ‘commit’ satu hari satu entri. Insha Allah.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid