Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari Selasa lepas, saya mendapat pesanan Whatsapp dari sahabat saya, merangkap pelanggan saya. Dia sudah mempunyai polisi insurans melalui saya sejak tahun 2012. Kalau cerita pasal tuntutan, dia adalah kes rujukan saya. Patah bahu, eksiden kaki, luka kecil dan pelbagai lagi.
Senang cerita, kalau dalam masa setahun tak ada tuntutan – saya pelik! (Jahat kan pemikiran saya.)
Dia pesan satu benda – ‘Aku nak ambil insurans untuk anak aku lah.’
Perasaan saya – gembira tidak terkata. Pada masa yang sama, saya pelik. ‘Eh anak dia ni dah sakit apa-apa ke?’
Saya gembira sebab dah lama saya ‘approach’ dia supaya buat pelan insurans untuk anak dia. Sejak anak dia umur 14 hari sehingga anak dia hendak cecah dua tahun! Bayangkan. Sehingga, saya kata – kalau dia nak buat, insha Allah dia akan datang jumpa saya. Alhamdulillah, akhirnya dia hubungi saya.
Saya terus tanya: ” Kenapa baru sekarang? ”
Dia jawab: ” Aku tengah merancang keluarga aku. Lepas ini, anak kedua pula. Jadi aku rasa perlu mula sekarang. Anak pun aku tengok cepat membesar. Tahu-tahu nanti, dah masuk belajar. Nanti macam mana aku nak sapot anak aku belajar?”
Ini jawapan saya cari, ‘perancangan’. Tak ramai ibu bapa membuat pelan insurans / takaful untuk si anak, kerana perkara yang jauh – 10 hingga 20 tahun akan datang. Kebanyakan risau semata-mata kos perubatan seorang anak. Sukar sebenarnya hendak yakinkan keadaan 20 tahun akan datang. Cuma, bukti hari ini – kos belajar dan kos perubatan memang akan naik. Cuma kadar kenaikan itu secara mendadak atau perlahan? Kita tidak tahu.
You can control the results by control the things in the circle of control.
Sebagai ibu bapa hari ini, rancanglah kewangan anda melalui insurans / takaful. Saya boleh beri jaminan, bebanan akan datang boleh dikurangkan.
(Saya tidak mempunyai insurans / takaful pendidikan ke, perubatan ke secara peribadi sehingga umur saya 24 tahun. Saya tak salahkan ibu bapa saya, sebab zaman ibu bapa saya belum terdedah benda macam ini.)
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid