#Kopipes – Mana satu sikap anda?

Kopipes dari mentor Dr. Haji Azizan Osman.

Ada 3 jenis sikap manusia di dalam diri kita dan di sekeliling kita yang perlu kita kenal pasti:-

1. Sikap “Hero” – Mereka proaktif, mereka menimbangkan sesetiap perkara dengan ilmu dan iman kemudian fokus untuk bertindak untuk capai matlamat mereka. Mereka percaya bahawa diri mereka bertanggungjawab dengan setiap tindakan mereka selain dari yakin dengan doa dan kuasaNya. Mereka kurangkan fokus kepada masalah tetapi fokus cari jalan penyelesaian. Mereka bersedia melakukan apa sahaja yang perlu untuk capai matlamat mereka. 

2. Sikap “Biawak” – Ada kisah kenapa kita namakan sikap “biawak”, di mana biawak suka makan bangkai. Sikap biawak adalah sikap mereka yang masanya sangat banyak fokus kepada masalah, alasan, negatif, prasangka buruk, salahkan orang lain dan tidak bertanggungjawab. Manusia yang suka mengumpat dan bercakap buruk di belakang orang lain dikatakan manusia yang suka makan bangkai atau makan daging saudara mereka sendiri, jadi ada persamaan dengan kebiasaan biawak. 

3. Sikap “Siput Babi” – Ada sebab kenapa dipanggil sikap “Siput Babi”. Saya selalu kongsikan satu lawak jenaka di dalam seminar saya tentang Siput Babi. Saya selalu bertanya kenapa Siput Babi bergerak perlahan? Saya jawab, sebab Siput Babi keliru (confuse) samada dia Siput atau Babi. Dek sebab asyik fikir dan keliru sepanjang hayat dia samada dia siput atau babi, maka bergeraklah dia dengan perlahan-lahan. Ini gurau sahaja! Gurau pun tak boleh? Mende entah! Jangan jadi umpama Siput Babi. Sikap mereka yang umpama siput babi ni, mereka ni bijak, pandai, CGPA mungkin bagus, tahu segala perkara dalam dunia tetapi tidak berani bertindak! Tidak berani ke hadapan untuk lead sesuatu perubahan atau perkara. Mereka pilih jadi pengikut dan ikut bodoh-bodoh walaupun yang diikutnya itu mungkin bukan pandai sangat atau betul sangat… Pernah jumpa orang macam tu? 

Jadi, ini adalah 3 sikap asas karektor yang ada pada ramai manusia samada pada diri kita atau pada orang sekeliling kita. Anda rasa anda banyak sikap yang mana?

Saya sentiasa berdoa, saya adalah HERO!

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s