Sebelum Melabur apa-apa sekalipun, anda kena faham Pengurusan Aliran Tunai (cashflow)!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini, sumber untuk membaca mengenai apa-apa pelaburan memang senang. Google pun boleh, berguru pun boleh, membaca buku pun boleh. Kalau kedekut sangat, saya ada kongsi pergilah POWER seminar oleh AKPK. Percuma!

Aliran tunai, adalah lebih penting – langkah utama sebelum membuat apa-apa pelaburan. Nak beli insurans / takaful pun, kena periksa cashflow juga. Saya sarankan anda ke Pakdi.net . Anda boleh langgani Panduan Cashflow yang ditulis oleh beliau. Senang difahami, dan bersesuaian dengan ‘iklim urus wang’ di Malaysia.

Aliran Tunai (cashflow)

Menguruskan tunai adalah sangat-sangat penting untuk mempunyai kuasa MUTLAK ke atas wang yang ada dapat, melalui bisnes ataupun kerja. Tunai adalah alat atau instrumen untuk ditukarkan kepada sesuatu yang baik dari segi barang ataupun servis.

Selalu ke duit tak cukup bila hujung bulan gaji nak masuk? Atau tak kisah bila gaji masuk (maksudnya anda banyak duit tunai dalam bank)? Tak kisah apa jawapan anda, anda kena periksa anda berada di tahap mana pengurusan aliran tunai. Sama ada pendapatan melebihi perbelanjaan, ataupun normal orang kita – perbelanjaan melebihi pendapatan.

Kalau kita sakit, doktor pun kena periksa badan anda sebelum merawat. Seperti juga pengurusan aliran tunai, anda kena periksa dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakan ‘correction’. Kenapa kita perlu periksa dahulu? Supaya dapat melihat gambaran bagaimana anda memperolehi wang, gaya berbelanja (boros atau jimat) dan gaya hidup anda. Kalau anda selalu pergi Starbucks, tapi gaji bulanan hanyalah RM1500 – anda sedang menggali kubur kewangan anda sendiri.

Apa itu Pengurusan Aliran Tunai (cashflow management)?

Ia adalah proses melihat, analisis dan ubah aliran tunai peribadi anda. Ada dua komponen yang paling asas mengenai aliran tunai. Aliran masuk (gaji, komisyen, bonus dll) dan aliran kelaur (perbelanjaan). Sudah pasti, rata-rata aliran masuk ada 2 atau 3 je, aliran keluar ada 15 perkara.

Aliran masuk ada DUA cabang utama:

  • Aliran aktif – datang dari pekerjaan anda atau bisnes anda sendiri (sambilan / penuh). Contoh adalah gaji. Bila kita berhenti kerja atau berbisnes, gaji akan berhenti. Bermakna memang bergantung pada kehadiran anda melakukan kerja / bisnes.
  • Aliran pasif – datang dari simpanan atau pelaburan. Ia datang tak kisah samada anda kerja atau tidak kerja sekalipun (tidur pun boleh dapat). Contoh biasa kita dengar adalah dividen ASB, sewa rumah atau royalti.

Aliran keluar pula, (saya ikut buku saya baca) ada TIGA cabang utama. Saya gunakan Perbelanjaan:

  • Perbelanjaan Tetap – perbelanjaan yang pasti anda akan lakukan. Ianya satu keperluan. Contoh, adalah pinjaman rumah, hire purchase loan (pinjaman kereta), premium insurans atau caruman Takaful, perbelanjaan anak seperti taska misalnya. Jumlah sentiasa atau hampir sama setiap bulan.
  • Perbelanjaan Berubah-Rubah – jumlahnya tidak tetap setiap bulan. Boleh dikira satu keperluan juga. Contoh seperti belanja dapur, pakaian, bil telefon, bil elekrik atau barang-barang keperluan rumah.
  • Perbelanjaan Tidak Penting – ia adalah pilihan. Beli, untuk rasa puas atau diri anda tidak perlukan sangat. Ada rasa bagus, tak ada pun tak apa. Contoh, makan malam di restauran seperti Kenny Rogers, baju berjenama, ASTRO, main paintball (hiburan) atau hiasan bunga dalam rumah.

Anda kena faham ini dulu, dan klasifikasi apa yang anda belanja berada dalam kategori mana. Jangan sebut ASTRO adalah keperluan dan letak dalam perbelanjaan tetap, anda sedang menipu diri sendiri. Juga seperti Unifi, tanya jujur pada diri anda – betulkah itu keperluan? Atau sekadar download drama Korea sahaja?

Guna formula paling senang ‘giler’ ini.

Jumlah Aliran Masuk tolak Jumlah Aliran Keluar = Ada Lebihan

Ini bermaksud anda mempunyai aliran tunai yang positif dan sihat. Kalau RM1, pandai-pandai nilai sendiri adakah positif RM1 itu sihat?

Jumlah Aliran Masuk tolak Jumlah Aliran Keluar = Ada Pengurangan

Ini bermaksud anda mempunyai aliran tunai yang negatif dan tenat! Jadi anda berada dalam keadaan sangat bahaya.

Jika anda berada dalam keadaan negatif, berkemungkinan BESAR anda akan meminjam untuk menjadikan ianya positif. Buat pinjaman peribadi, pinjam kawan, guna kad kredit (kad kredit digunakan jika anda ada duit, bukan ketika tak ada duit!) dan paling teruk, pinjam dari ah long.

Jika anda berada dalam keadaan positif, tapi RM50 sahaja. Anda juga berada dalam keadaan hampir bahaya. Bermaksud anda tidak mempunyai dana kecemasan yang besar, jika terjadi apa-apa kepada anda. Contoh seperti, anak demam, tayar bocor di jalan. Paling teruk, apa yang akan terjadi, JIKA anda dibuang kerja? Atau kehilangan upaya?

Di sini fungsi insurans / takaful, tapi saya tak nak cerita di sini apa itu insurans / takaful.

Untuk sentiasa berada dalam aliran tunai sihat-sihat walafiat, disarankan anda menyimpan, menyimpan dan menyimpan. Lebihan wang itu bukan sahaja untuk dana kecemasan tapi anda sedang MENCIPTA PELUANG pelaburan di masa akan datang.

Pernah dengar konsep ‘Opportunity Cost‘? Jika dihadapan anda ada orang jual rumah dengan harga sangat murah, tapi disebabkan anda tidak menyimpan langsung – anda telah kehilangan peluang untuk membuat pelaburan paling terbaik ketika itu.

Berapa banyak perlu menyimpan LEBIHAN?

Jawapan saya, seberapa banyak yang boleh. Tapi kalau kewangan anda dah nazak sangat. Bermula dengan 10% dari jumlah pendapatan anda. Gaji RM4,000 maka RM400 lah anda simpan. Kalau setahun, anda menyimpan RM400 sebulan bermakna anda mampu menyimpan RM4,800 setahun.

Memang tak boleh buat apa-apa lagi. Tapi dengan RM4,800 anda boleh gandakan dengan pembelian saham blue chip, menikmati dividen RM480 (jika dividen 10%), atau tunggu 2 tahun ke tiga tahun lagi, anda boleh membeli rumah berharga RM150,000.

Boleh baca ini: Perkara Pertama Sebelum Melabur – Mencipta Dana Kecemasan.

Saya sudah kongsikan berapa besar dana kecemasan patut anda cipta. Lepas ini saya akan kongsikan bagaimana menyelesaikan masalah kewangan yang mempunyai hutang TIGA kad kredit berjumlah hampir RM20,000 dan pinjaman peribadi berjumlah hampir RM5,000.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s