Teknik Urus Hutang – Teknik SNOWBALL (Bola Salji?)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya juga pernah melalui zaman jahil kewangan. Saya katakan jahil, sebab pada masa itu saya mempunyai TIGA kad kredit. Gunakan sewenang-wenangnya. Nak itu, swipe. Nak itu, swipe. Alhamdulillah, sebelum keadaan menjadi parah – telah sedar saya telah mengorek ‘lubang’ perangkap kewangan saya sendiri.

Lalu, saya panik dan cuba cari jalan bagaimana hendak menyelesaikan hutang-hutang.

Ada dua teknik saya jumpa:

  1. Teknik Snowball
  2. Teknik Stacking

(Anda boleh gunakan Wikipedia untuk lebih jelas)

Tapi kali ini, saya hendak memberitahu teknik snowball terlebih dahulu. Teknik ini lebih senang difahami, berbanding teknik stacking (anda kena kerja rumah sebelum memulakan teknik stacking)

Teknik Snowball

Ia adalah strategi peribadi untuk mengurangkan hutang jikalau penghutang mempunyai beberapa koleksi hutang-hutang. Konsep utama:

  • Pertama, membayar hutang yang mempunyai baki paling sedikit.
  • Membayar hutang baki yang banyak hanya pada kadar minima.

Bila hutang yang kecil sudah diselesaikan, fokus pada hutang yang seterusnya mempunyai baki paling kecil, dan lagi, dan lagi sehingga kesemua hutang itu selesai. Berbanding teknik Stacking, ianya mengikut kadar bunga (interest) paling tinggi.

Tujuan utama menggunakan teknik Snowball, secara psikologi memberikan anda keyakinan untuk menyelesaikan kesemua hutang sehingga berjaya.

Langkah-Langkah Yang Patut Anda Ikut.

  1. Senaraikan kesemua hutang dari paling kecil sehingga paling besar.
  2. Anda perlu memberi komitmen untuk membayar kesemua pada kadar paling minima.
  3. Jika ada keadaan ‘windfall’ seperti bonus / hadiah / kenaikan gaji, anda perlu lebihkan bayaran pada hutang paling sedikit.
  4. Bayar hutang paling sedikit sehingga habis!
  5. Jika hutang pertama sudah habis bayar, dengan jumlah yang sama anda gunakan untuk selesaikan hutang pertama – selesaikan hutang kedua pula.
  6. Ulang sehingga kesemua hutang selesai.

Sebab itu teknik ini dipanggil teknik Snowball. Anda mulakan dengan bebola salji yang kecil, anda golekkan di atas salji lama kelamaan akan membesar. Dari sudut psikologi, bila kita (atau dengan pasangan anda) sudah menyelesaikan satu hutang – sudah tentu memberi keyakinan untuk selesaikan masalah seterusnya.

Untuk lebih lanjut, apa jenis hutang yang ada hari ini (hutang kereta dan hutang pinjaman rumah adalah dua instrumen berbeza) – anda boleh belajar di AKPK (sejak kebelakangan ini saya promosikan AKPK, kan?)

Saya tengah mencari contoh terbaik, case study menyelesaikan hutang menggunakan teknik Snowball.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisements

13 responses to “Teknik Urus Hutang – Teknik SNOWBALL (Bola Salji?)

  1. Pingback: Bagaimana Teknik Urus Hutang Hampir RM20,000 (hutang Kad Kredit sahaja) ? | Adib Yazid·

  2. Pingback: Teknik Urus Hutang – Teknik STACKING | Adib Yazid·

  3. Kalau selesaikan hutang paling sedikit dahulu, kesannya akan dapat dilihat dgn cepat. Kalau bayar hutang yang paling tinggi intrest jumlak keseluruhan duit yang akan digunakan untuk membayar hutang dapat dijimatkan bagi jangkamasa panjang.
    Hanya berkongsi pendapat.

    Like

  4. Assalamu’alaikum. Terima kasih atas perkongsian.
    Boleh tahu, teknik snowball ni boleh juga digunakan untuk bayar hutang seperti ptptn kan?

    Like

  5. Pingback: Enam PRINSIP Urus Hutang Secara Efisien | Adib Yazid·

  6. teknik snowball ni menyelesaikan hutang secara berkelompok, jika kita senaraikan ikut turutan.. kita selesaikan hutang 1.. ini bermakna, kita hold bayaran pada hutang yg lain?.. rekod ccris akan ada?
    Saya juga ada buat bayaran hutang pinjaman peribadi melalui potongan gaji.

    Like

    • Salam Eqa. Selepas senaraikan segala jenis hutang, letak amaun minima / amaun sepatutnya kena bayar pada hutang tersebut.

      Kemudian, susun prioriti ikut mana satu yang paling kecil dari segi amaun untuk diselesaikan.

      Jika ada duit lebih (bonus misalnya), habiskan hutang yang no. 1 dalam senarai prioriti.

      Apabila selesai hutang pertama, wang lebihan fokus kepada bayaran hutang prioriti kedua.

      Begitu seterusnya, sehingga habis.

      Like

  7. “Membayar hutang baki yang banyak hanya pada kadar minima.”
    macam mana nak bayar hutang yang banyak pada kadar minima?
    andaikan personal loan sy RM200 sebulan
    car loan RM500 sebulan.

    bagaimana car loan tu kita nak bayar minima sebulan?
    adakah kita perlu jumpa bank untuk minta apa2 surat utk kurangkan bayaran kereta atau kita boleh suka hati bayar car loan tu pada kadar minima?

    Like

    • Bayaran kereta dan personal tiada bayaran minima; ianya fixed dan berterusan. Bayaran minima boleh jumpa pada penggunaan kad kredit. Boleh bertanya kepada pihak bank, samada membuat refinancing untuk kereta (tak semua bank ada) dan tanya juga berkenaan personal loan.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s