HATI-HATI Dengan DUA Nasihat Paling Teruk daripada Ejen Insurans / Takaful

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya membaca sebuah buku Tips Kewangan Untuk Rakyat Malaysia, ditulis oleh KC Lau. Bab belakang buku itu ada sentuh beberapa soalan mengenai insurans. Tajuk paling menarik adalah: Berhati-hati dengan nasihat paling teruk daripada ejen insurans. Wow.

Nasihat Paling Teruk #1 : Membatalkan Polisi Anda.

  • Membeli polisi pada tahun 2010 adalah lebih murah daripada tahun 2015. Atas faktor umur paling ketara.
  • Nilai tunai (cash value) polisi akan meningkat dan terkumpul dengan cepat sekurang-kurangnya 2 tahun. Sila baca jadual illustrasi nilai tunai setiap tahun (dengan anggapan tidak dikeluarkan). Jikalau anda membatalkan polisi dan membeli polisi yang baru – insurans anda menjadi keadaan sifar!
  • Jika tidak mampu membayar, ada istilah ‘premium holiday’ – bercuti sementara dari membayar polisi anda. Atau cara lain, menggunakan nilai tunai membayar polisi anda (jika banyak nilai tunai). Lebih baik ada daripada membatalkanya.
  • Jika merasakan polisi anda mempunyai perlindungan yang tak cukup mengikut keadaan semasa, lihat apa yang anda rasa kurang. Tambahkan nilai polisi yakni membeli polisi baru untuk perlindungan yang tidak cukup.
  • Ejen insurans / takaful mendapat komisyen pada enam tahun pertama. Erti kata lain, wang dibayar selepas tahun ketujuh akan disumbangkan sepenuhnya ke dalam nilai tunai polisi. Jadi nilai tunai anda akan bertambah laju selepas tahun keenam.
  • Kenapa anda nak membatalkan polisi anda terlalu awal?

Nasihat Paling Teruk #2: Penukaran Polisi

Dalam laman web Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) memperkatakan dengan jelas:

TIndakan menukar polisi semasa mereka dengan polisi baru bukanlah satu tindakan yang terbaik untuk pemegang polisi. Ini kerana mereka mungkin perlu membayar premium yang lebih tinggi bagi polisi baru tersebut memandangkan mereka sudah lebih berusia. Nilai tunai polisi mereka juga mengambil masa untuk meningkat dan tempoh daya tanding selama dua tahun juga akan bermula semula.

*Daya tanding – contestability

LIAM telah mengeluarkan satu set Peraturan Penukaran Polisi untuk tidak menggalakan amalan tersebut dan melindungi kebajikan pemegang polisi. Di bawah peraturan tersebut, seorang ejen tidak akan menerima sebarang imbuhan untuk polisi baru yang menggantikan polisi asal dalam masa kurang dari setahun sebelum atau selepas polisi asal tersebut dihentikan.

Bila anda hendak membatalkan, mungkin anda akan lihat ejen anda berusaha memujuk supaya jangan membatalkan. Anda mungkin fikir ejen itu risau komisyen beliau berkurang / bonus berkurang – sebenarnya lebih kepada kerugian ditanggung oleh anda sendiri.

Lagi-lagi, kalau anda ambil kad medikal baru. Tahu atau tidak, kad medikal mempunyai waktu bertenang sehingga 4 bulan untuk penyakit-penyakit tertentu?

Jadi nasihat saya:

  1. Kekalkan polisi anda.
  2. Kekalkan polisi anda.
  3. Kekalkan polisi anda.

Anda faham maksud saya?

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s