Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ada ejen baru, bertanya kepada saya: Bagaimana hendak meminta senarai Referals dari kawan-kawan atau pelanggan-pelanggan anda?
Ada DUA cara saya selalu praktiskan:
- ECN : Emergency Contact Number – Nombor kecemasan.
- Referals Book – Buku Referal
Emergency Contact Number – Nombor Kecemasan
Saya selalu menyediakan satu borang khas ketika saya hendak memberi polisi (deliver policy). Bila sudah habis menerangkan serba ringkas faedah dan manfaat dalam buku polisi, saya akan keluarkan borang ini:
Saya akan tanya; ‘Bolehkah saudara / saudari memberi saya 15 nama yang boleh saya hubungi jikalau kecemasan berlaku pada diri saudara / saudari? Maksud kecemasan, saya tahu saya dengar khabar saudara / saudari mengalami eksiden… tapi saya tak boleh hubungi. Siapa saya patut saya hubungi? Sebab itu saya minta saudara / saudari senaraikan.’
Soalan yang selalu ditanyakan semula adalah – ‘Banyaknya 15 no!’
Tanyakan semula, ‘Saudara / saudari ambil polisi bukan cerita 1 atau 2 tahun. Ini proses sehingga 20 tahun, insha Allah saya servis. Bolehkah yakinkan saya 15 nombor ini selepas 20 tahun masih wujud lagi? Sebab itu saya minta sehingga 15 nombor.’
Referals Book
Anda kena ada satu buku khas untuk menulis nama Referals dan no telefon. Jika anda baru sahaja bermula, anda letak beberapa nombor telefon dahulu. Kemudian berdepan dihadapan klien / prospek – tunjukkan buku ini.
‘Boleh bantu saya?’
‘Bantu apa?’
‘Bantu perniagaan saya.’
‘Bagaimana?’
‘Beri saya 100 nombor yang boleh anda bantu melalui insurans.’
‘Banyak ye!’
‘Banyak? Saya diskaun separuh – 50 sahaja. Bagaimana?’
‘Ok lah… 10 sahaja aku pergi.’
Permulaan memang berat mulut untuk bertanya. Jadikan tabiat untuk bertanya.
Ada banyak tips untuk meminta referals. Ini adalah dua perkara yang selalu saya buat.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid