Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, saya mengalami minggu yang sangat terbaik dalam hidup saya. Masakan tidak, banyak perkara ajaib berlaku misalnya saya bertemu seorang rakan sekolah lama – dan dia telah mencari saya selama bertahun sudah. Akhirnya kami berjumpa di sejadah sebuah surau di INTAN, Bukit Damansara.
Hari Jumaat lalu, saya telah diminta oleh menerangkan tentang pelan yang ada dalam Prudential BSN Takaful Berhad.
Menjadi kelaziman saya, adalah melakukan beberapa sesi ‘fact-finding’ – bagaimana keluarga ini mengatur kewangan, aset-aset dia ada, ‘taste’ dia terhadap pelaburan malah perkongsian mengenai masa depan keluarga. Ini proses untuk tahu, apa sebenarnya pelan Takaful yang sesuai perlu diberi kepada prospek.
Saya tidak meletakkan berapa atau harga pada manfaat yang telah saya kemukakan kepada prospek. Sebab saya mahu bagaimana prospek saya menilai apa ‘penyelesaian’ terhadapan ‘masalah’ akan datang.
Dan soalan ini ditanya…
“Berapa sebenarnya saya kena bayar Takaful ini?”
“Terbaik adalah 10 peratus daripada jumlah pendapatan… kalau sebulan, sebulan la.”
“Jap… isk, banyak tu!”
“Saya tak tahu. Boleh saya tahu berapa nilainya?”
“RM600! Dah macam bulan-bulan kereta MyVi!”
Sebenarnya saya terkejut juga. Sebab amaun gaji dia adalah sebanyak itu. Sebab dia kata kerja dia biasa-biasa sahaja. Silap saya tidak lebih terperinci bertanya soal kerja apa sebenarnya.
Bila soal bajet, saya faham memang ia memerlukan pengiraan dan apa perkara yang prospek perlu korbankan untuk mencapai target kewangan itu. Alhamdulillah, diakhirnya prospek bersetuju dengan apa yang saya tawarkan kepada beliau.
Ingat ini – rules of thumb, berapa sebenarnya kena mencarum dalam Takaful?
10 peratus adalah kategori OK, untuk bermula.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid