Bagaimana Teknik Urus Hutang Hampir RM20,000 (hutang Kad Kredit sahaja) ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelum ini, saya pernah kongsikan pengalaman saya pergi ke kelas AKPK (Agensi Kaunseling Pengurusan Kewangan). Selepas saya pulang, ada beberapa perkara saya telah lakukan terhadap kewangan saya. Salah satunya adalah mencari jalan menyelesaikan hutang kad kredit hampir RM20,000!

Jadi ini soalan saya kepada guru saya :

Adib Yazid AKPK Ask

Bila senarai hutang, saya sangat tak tahu bagaimana saya hendak bermula. Sebelum ini, saya tidak tahu teknik menguruskan hutang langsung! Dan ini adalah jawapan dari guru AKPK saya:

Adib Yazid AKPK Answer

Berdasarkan jawapan guru saya, dia telah memberi ‘approach’ teknik stacking – menghapuskan hutang yang mempunyai interest yang tinggi terlebih dahulu.

Sebelum ini, saya kongsikan mengenai dua teknik hapus hutang:

  • Teknik Snowball
  • Teknik Stacking

Sila baca ini untuk mengetahui lebih mendalam mengenai Teknik Snowball.

Bila saya membantu ibu saya dalam menyelesaikan teknik Stacking ini, saya dapati lebih men-JIMATkan berbanding teknik Snowball. Maksud saya teknik ini, menggunakan duit yang sedikit berbanding teknik Snowball.

Teknik Snowball lebih kepada faedah dari segi moral dan psikologi – memberi keyakinan menghapuskan hutang seterusnya (setelah hutang yang kecil anda berjaya hapuskan!)

Anda suka teknik yang mana?

Apa teknik apa yang anda suka sekalipun, yang penting tujuan kita adalah menghapuskan hutang.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s