Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya sudah terangkan bagaimana, menguruskan hutang yang banyak menggunakan teknik Snowball. Kalau belum baca lagi, sila pergi sini – Teknik Urus Hutang: Teknik Snowball.
Menggunakan teknik Stacking, anda perlu menyenaraikan senarai hutang yang ada mengikut kadar bunga interest rate , dari tinggi ke rendah.
Sebagai contoh, anda mempunyai hutang begini: (ini contoh sahaja)
- Kad kredit MASTERCARD RM2,500 – interest rate 19%.
- Kad kredit VISA RM7,500 – interest rate 13%
- Hutang kereta RM4,000 – interest rate 8%.
- Hutang belajar RM1,900 – interest rate 5%.
Menggunakan teknik ini, anda kena membayar se-MINIMUM yang mungkin kesemua hutang tadi. Jika anda dapat duit lebih (bonus tahunan, ada meniaga tambahan, hadiah harijadi dll.), duit ini anda gunakan membayar hutang kad kredit MASTERCARD (no.1) terlebih dahulu.
Selepas itu, anda teruskan yang kedua (interest rate kedua tertinggi), sehingga kesemua habis.
Senang bukan?
Kelebihan dan Kekurangan berbanding Teknik Snowball
Kelebihannya, anda jimatkan duit dari membayar bahagian interest.
Kekurangannya pula, ianya mungkin mengambil masa lama untuk selesaikan hutang. Kemungkinan akan memberi rasa ‘frust’ selepas tempoh yang lama, tanpa rasa kejayaan kecil (berbanding teknik Snowball).
Anda mahu yang mana?
Terpulang! Bergantung kepada kesesuaian anda (terutama soal bajet).
Ada orang kata, membayar hutang adalah seperti berdiet. Memang sentiasa ada cara pemakanan yang ideal, tapi realiti manusia yang ingin berdiet tidak ikut ‘pelan pemakanan ideal. Cara terbaik adalah anda pilih satu teknik dan anda kekal dengan teknik itu sehingga berjaya!
Saya doakan anda berjaya hapuskan hutang-hutang, dan mencapai ketenangan hidup.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid
1 Comment