‘ Bersalin Cover Tak? ‘ – soalan lazim. Perlindungan LAPAN komplikasi kehamilan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa soalan yang lazim ditanya oleh prospek perempuan, atau lelaki yang isterinya tengah mengandung / bakal mengandung / baru berkahwin?

‘ BERSALIN COVER TAK? ‘

Inilah soalan lazim yang diterima. Biasanya kalau ditanya begini, saya akan tanya semula. ‘Eh, pernah dengar tak insurans / takaful ‘cover’ untuk bersalin?’. Prospek pula akan cakaplah, ‘Kawan saya kata, dia ambil pelan insurans / takaful yang ada coverage bersalin la. Awak tak kan tak ada?’

Tanya kawan… Tak salah untuk bertanya pada kawan. Tapi kalau sekadar berkata-kata, sembang di pantri, kenduri-kendara atau di pejabat, ada lebih baik sembang depan polisi. Kita lihat apa yang sebenarnya coverage ‘bersalin’ tu?

Bila dilihat semula polisi, rupanya bukan coverage bersalin! Ianya adalah perlindungan komplikasi kehamilan. Memang sekarang ada pelan perubatan (kad medikal) yang menyediakan manfaat komplikasi kehamilan. Paling terbaru, (tak adalah baru sangat!) adalah pelan kad perubatan Health Enrich. Sila rujuk laman web, prubsn.com.my.

(Saya tak tulis disclaimer di sini, sila rujuk laman web. Di sini hanya secara ringkasan.)

Komplikasi yang dilindungi:

  1. Kehamilan luar rahim.
  2. Kehamilan anggur / molar.
  3. Penggunaan pembeku darah yang berlebihan menyebabkan pendarahan yang teruk.
  4. Pendarahan teruk selepas bersalin yang memerlukan pembuangan rahim.
  5. Sawan ketika mengandung.
  6. Air ketuban terperangkap dalam salur darah.
  7. Darah beku tersumbat di dalam saluran darah di peparu.
  8. Tekanan darah tinggi serta kehadiran protein di dalam urine semasa mengandung.

Nak cerita lebih setiap satu, saya bukan doktor. Saya hanyalah ejen insurans / takaful. Anda tahu di mana hendak hubungi saya.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

1 Comment

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s