Diari Ejen – ‘Limit saya 600,000 seumur hidup. Nanti dah habis pakai macam mana?’

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ada suatu petang, dia ni beria-ria nak ambil Takaful. Dia kata bajet dia begini je – tak lebih RM200 pun. Lalu dia minta saya ‘design’ kan satu pelan untuk diri dia. Tak ada isteri lagi, belum berkahwin. Kerja pun boleh tahan – jurutera ‘fresh’.

Adib Yazid Insurans Takaful Tips Kad Perubatan

Lalu dengan bajet begini – saya pun bagilah satu kad medikal yang begini:

Limit tahunan adalah RM60,000, setahun.

Limit seumur hidup adalah RM600,000 sehingga umur 70 tahun.

Dia duduk termenung. Diam. Lepas itu, banyak soalan dia tanya. Macam mana nak pakai, senang ke tidak prosedur dia. Dia diam lagi. Saya pun diam, kacau air depan saya ni. Bukan air panas pun. Air berais, nak kacau apa benda ye.

Dia berkerut-kerut.

“Abang, kalau dah lepas RM600,000 pakai selepas 5 tahun… jadi lepas tahun keenam tu dah tak cover la erk?”

Saya gelak je.

Dia tanya saya, “Kenapa abang gelak ni?”

“Kalau dah pakai RM600,000 selama 5 tahun, bermaksud dah pakai RM100,000 setahun. Tahu tak, kalau dah pakai RM100,000 setahun dia dah nak mati dah!”

Dia diam, lepas tu mengangguk sambil kata “Make sense.”

Alhamdulilah, dia ambil satu polisi Takaful sebagai persediaan di waktu muda ini.

Saya nak tanya, best ke ada kad medikal UNLIMITED?

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s