Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya masih baru nak berjinak-jinak dengan pemasaran yang betul. Dulu main taram je, jadi saya punya jualan insurans / takaful ada turun dan naik. Ada orang dedahkan, gunakan blog sebagai medium ‘rumah kita’ dan tarik pembaca di luar sana untuk baca tulisan anda.
Bagaimana?
Amalkan 10 PELURU ini:
#1. Peluru BAGAIMANA.
Contoh: Bagaimana mahu mempunyai pelan insurans / takaful yang betul?
#2. Peluru RAHSIA.
Contoh: Rahsia yang orang tidak tahu mengenai insurans / takaful, yang selalu dirahsiakan oleh ejen.
#3. Peluru KENAPA.
Contoh: Kenapa lelaki ini berumur 20 tahun mengambil insurans / takaful untuk ayah dia?
#4. Peluru APA.
Contoh: Apa yang menyebabkan tuntutan insurans / takaful anda ditolak (decline).
#5. Peluru APA YANG ANDA JANGAN BUAT.
Contoh: Apa yang anda dilarang lakukan ketika memohon polisi baru dari ejen insurans anda jumpai.
#6. Peluru TAMBAHAN.
Contoh: Perempuan ini mendapat manfaat insurans / takaful. TAMBAHAN – beliau hanya mencarum RM100 sahaja sebulan!
#7. Peluru NOMBOR.
Contoh: 8 Tips anda perlu ketahui sebelum berjumpa ejen insurans / takaful.
#8. Peluru BETUL / SALAH.
Contoh: Beli insurans / takaful melalui telefon. Betul atau Salah?
#9. Peluru AMARAN.
Contoh: Tahukah anda, tahun 2015 adalah tahun ekonomi bakal merudum? Ada cara terbaik untuk menyelamatkan diri anda.
#10. Peluru ADAKAH ANDA.
Contoh: Adakah anda seorang pemunya insurans / takaful yang betul-betul mempunyai polisi yang tepat?
Saya pun cilok dari mana entah. Harap maaf. Kalau ini anda punya, beritahu saya.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid