Introvert: 10 Sebab Pelik Kenapa Anda Perlu Menjadikan Introvert Rakan Kerja atau Rakan Bisnes.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini kebanyakan syarikat atau bisnes ingin menggajikan atau menjadikan orang yang ‘show off’, ada leadership, lebih menonjol – atau kata lain seorang extrovert.

Saya terbaca sebuah artikel mengapa hari ini, jika anda seorang bos atau ketua dalam bisnes anda perlu menjadikan mereka pekerja anda atau rakan bisnes anda.

#1. Mereka seorang pendengar setia.

Mereka suka mendengar daripada berkata-kata. Mereka diam bukan sebab tiada respon langsung, tapi sedang berfikir untuk memberi reaksi pada perbincangan anda dengan lebih bijak.

#2. Mereka seorang yang penuh persediaan.

Mereka tidak selesa dengan mesyuarat ataupun presentation dengan segera. Apatah lagi urgency meeting. Mereka suka bersedia sebelum masuk ke bilik mesyuarat – sebagai cara mereka boleh kawal situasi dan memberi imej yang baik kepada bos / ketua mereka. Mereka rangka bagaimana atau apa yang mahu mereka perkatakan, dan ikut apa yang telah dirancang.

#3. Mereka mempunyai fokus yang tajam.

Mereka tidak sukakan konflik, sebaik-baik menghindari. Mereka fokus untuk menghabiskan tugasan, tanpa apa-apa gangguan. Efisiensi mereka bekerja menjadi inspirasi kepada rakan lain, supaya lebih komited pada tugas atau proses masing-masing.

#4. Mereka sentiasa tenang dalam keadaan payah sekalipun.

Seperti di atas, konflik menggangu mereka. Bila ada masalah yang besar berlaku, mereka dalam keadaan paling tenang antara pekerja lain. Ini adalah skil untuk melihat keadaan semasa tanpa rasa gelabah atau beremosi. Bila dalam keadaan tenang, mereka mampu melihat masalah secara terperinci dan menyelesaikan dengan cepat.

#5. Mereka tidak suka pujian / berada di bawah ‘spotlight’.

Mereka suka kalau ada orang melihat hasil kerja mereka, tapi tidak suka pujian yang berlebih-lebihan. Kalau kerja itu hasil kerja berpasukan, mereka langsung tidak sukakan pujian. Mereka akan katakan ini adalah kerja berpasukan. Sikap ini menyebabkan mereka sentiasa dipercayai dalam pasukan.

#6. Mereka kurang gemarkan ‘drama’.

Mereka suka keadaan yang tenang. Keadaan yang penuh emosi, adalah keadaan yang membuatkan mereka tidak gembira.

#7. Perjumpaan yang sedikit, mesyuarat yang ringkas.

Mereka menganggap mesyuarat atau perjumpaan sebagai perkara yang sia-sia kalau tiada had masa, atau perkara khas untuk dibicarakan. Kurang mesyuarat, bermaksud masa lebih untuk tindakan. Walaupun begitu, komunikasi amat penting, tapi komunikasi seorang introvert lebih fokus kepada individu tertentu berbanding perbincangan di dalam mesyuarat.

#8. Mereka kurang terlibat gosip atau sembang kosong.

Hubungan sesama pekerja amat penting. Extrovert suka sembang untuk buang masa kerja, menunggu waktu balik. Berbanding, introvert suka menghabiskan kerja dahulu dan membuang masa dengan sendiri; main game atau Facebook misalnya.

#9. Mereka seorang yang inovatif.

Kekerapan mereka berfikir dan menghabiskan masa dengan sendiri, seperti membaca – mereka terdedah dengan idea-idea baru. Oleh itu, mereka mampu membuat sesuatu yang lebih baru dan segar.

#10. Mereka mambantu orang lain introvert untuk berjaya.

Seorang extrovert adalah seorang yang mahir dalam jualan ataupun pemasaran. Seorang introvert pula seorang yang boleh membantu introvert lain untuk berjaya. Pasukan adalah keutamaan mereka. Mereka seorang yang ‘details’ dan extrovert pula fokus pada personaliti orang lain.

Anda seorang extrovert atau introvert?

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s