Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya tak berada di Malaysia hampir enam tahun. Balik sahaja, memang tak kenal jalan! Saya mengambil inisiatif sendiri membeli map dan membacanya (walaupun opsyen GPS lebih praktikal).
Pada awal karier saya sebagai ejen, cabarannya adalah nak tahu lokasi mana nak jumpa. Kalau sekitar Klang atau Shah Alam boleh lagi. KL? PJ? Damansara?
Saya memilih motor berbanding kereta untuk cepat bergerak. Ketika itu juga apps Waze sedang popular, saya tak perlukan map sangat.
Solusinya, cucuk telinga dengan earphone. Pakai helmet, on Waze. Kalau dia sebut ‘Turn Left’ saya belok kiri, sebut ‘Turn Right’ beloklah saya ke kanan. Sesat? Banyak kali.
Saya kenal KL melalui jalan; Jalan Sultan Ismail, Jalan Ipoh, Jalan Tun Razak dan lain-lain. Berbanding kebanyakannya kenal melalui kedudukan bangunan; SOGO, Pavi, Maybank, Tabung Haji, Ampang Park dan lain-lain.
Sebelum ini saya ada kongsi tagline ‘goyang kaki pun dapat income’. (Kerja goyang kaki dapat duit, hanyalah tukang jahit yang pakai mesin lama tu)
Tiada benda senang untuk dapatkan benda senang – itu yang saya belajar dari pengalaman saya. Sesat itu biasa, belum saya cerita saya kes direjek dan ditipu pula.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid