THE SEVEN STEP : TUJUH CIRI-CIRI Simpanan Masa Depan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelum ini saya ada kongsi, allocation atau diversify sebahagian pendapatan untuk simpanan masa depan. Ada kata, itu insurans semata-mata (mentang-mentang aku ejen insurans), tapi hampir tepat.

Apa TUJUH Ciri-Ciri Utama untuk ‘simpanan masa depan’?

Adib Yazid The Seven Step Tujuh Ciri

1/ Pulangan yang baik (good interest)

Rata-rata suka membuat perbandingan pulangan suatu fund atau produk kewangan dengan ASB (sekitar 7-8%). Apa lagi bagus selain ini? Kalau ejen unit trust, mereka akan kata mereka yang terbaik: Double Digit (10-15%), tapi tidak konsisten setiap tahun. Saham? Beratus peratus, tapi kena fikir pula risiko.

2/ Mampu mendisplinkan anda (discipline wise)

Setiap produk kewangan suka ‘highlight’ kecairan atau kemudahan withdrawal. Memang bagus, ada kemudahan sebegini. Tapi kalau untuk menyimpan masa depan seperti pendidikan dan persaraan; tiada displin, tiadalah masa depan (simpanan masa depan, masa ada poin kritikal). Tapi sebagai manusia, mengawal nafsu adalah cabaran. Unit trust, kalau keluar awal – rugi atau untung? PRS, keluar awal – rugi atau untung? KWSP boleh keluar hanya syarat tertentu (akaun dua) dan pada umur 55 (akaun satu). Boleh tunggu?

3/ Inflasi (inflation)

Ini ada kaitan dengan pulangan juga. Sebaik-baiknya, pulangan kenalah lebih dari kadar inflasi. Andaikata, inflasi tahun 2015 adalah 4%. Adalah bagus kalau pulangan dividen lebih dari 4%.

4/ PIDM (protection)

PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia) adalah badan yang bertanggungjawab jikalau satu institusi itu ‘collapse’ – bank tutup ke, contoh. Simpanan di bank, akaun simpanan, akaun semasa dan FD (fixed deposit), telah diinsuranskan sehingga RM250,000. Tetapi, simpanan untuk pelaburan termasuklah Tabung Haji dan PNB tidak termasuk. Simpanan untuk persaraan, pendidikan, legasi diinsuranskan sehingga RM500,000.

5/ Simpanan Secara Automatik (auto saving)

Produk kewangan biasanya mempunyai assumption, yang si penyimpan adalah sihat sepanjang masa. Pernah terfikir pula, jikalau si penyimpan berlaku sesuatu – sakit kritikal, tidak mampu bekerja. Adakah keadaan ini bakal menghalang objektif menyimpan? Apa kata jika berlaku keadaan begini, ada ‘orang lain’ menyimpan untuk anda?

6/ Illustrasi Pulangan (projected returns)

Produk kewangan terbaik adalah mampu memberi ‘guaranted return’ pada pencarum. Saya faham, memang ada ilustrasi untuk produk kewangan tertentu – adakah itu terulis ‘non guaranted’ atau ‘guaranted’?

7/ Pampasan Kematian (sum assured)

Seperti saya katakan tadi, si penyimpan masih ada risiko yang perlu diteliti. Penyimpan mungkin menyimpan untuk pendidikan anak, untuk dipakai ketika anak berusia 18 tahun (sekarang ada trend memberi anak wang pendidikan pada usia 24, selepas habis belajar). Andaikata pula, si penyimpan umur tidak panjang – tapi anak masih berumur 7 tahun. Bagaimana nak capai objektif pendidikan anak tadi?

Saya rumuskan, simpanan untuk masa depan (pendidikan, persaraan, legasi dan kecemasan) adalah lebih baik mempunyai TUJUH ciri ini.

Sekali lagi, ada ke produk kewangan yang mampu memenuhi 7 ciri ini?

Keyword: ” Tiada produk kewangan yang perfek 10/10″

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s