THE SEVEN STEP : TUJUH Langkah Untuk Merancang Legasi Kewangan Berterusan (Biasa orang buat sampai LIMA je)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

(Perhatian: Hanya yang celik dan bijakkewangan, dan mempunyai lebihan tunai tidak digunakan sesuai gunakan pelan ini)

Adib Yazid The Seven Step

1/ Langkah Pertama (MENYIMPAN)

Pertama sekali, anda kena lihat sumber pendapatan anda dari mana. Sudah pasti, rata-rata dari pendapatan bekerja sebulan. Kalau yang sudah berbisnes tu Alhamdulillah. Tak kisah anda orang kerja atau bisnes, pasti anda akan menyimpan wang anda di bank menggunakan dua instrument lazim:

a. Akaun simpanan
b. Akaun semasa

Ada juga yang menyimpan di FD (fixed deposit). Melalui bajet anda lakukan, pasti akan ada lebihan. Rata-rata lebihan ini akan dilaburkan untuk menjana pendapatan secara pasif.

2/Langkah Kedua (MELABUR)

Di sini, anda akan melaburkan sebahagian wang anda melalui instrument kewangan yang boleh bagi dividen, capital appreciation dan bonus. Kalau anda kaki hartanah, anda beli rumah dan sewakan (income).

Lihat bagaimana anda meletakkan wang, terdedah kepada risiko – senang juga untuk melebur. Yang pasti, anda melabur untuk mendapatkan wang lagi dan lagi. Paling koman, anda pasti menyimpan di ASB ataupun TH (tabung haji).

3/ Langkah Ketiga (MENGGANDA)

Wang yang sudah dilaburkan telah memberi pulangan kepada akaun anda. Anda happy, anda suka. Sekarang sudah ada lebihan wang!

4/ Langkah Keempat (MENGULANG)

Anda merasakan, pelaburan anda yang sudah dibuat masih mampu menjana wang anda lagi. Kalau dah beli rumah, anda beli rumah lagi. Kalau ASB dah penuh, anda pergi cari unit trust lain pula.

Ada juga yang melabur pada bisnes lain pula. Anda masih lagi terdedah dengan risiko.

5/ Langkah Kelima (MENGASINGKAN)

Bila sudah berulang kali (beberapa tahun membuat pelaburan), anda telah mempunyai sejumlah wang. Di sini, anda kena mengasingkan wang anda untuk keperluan anda hari ini; makan, minum, keluarga, pakaian atau loan-loan tertunggak.

Anda kena berdisplin untuk mengasingkan wang untuk ‘simpanan masa depan’ pula. Ikuti langkah seterusnya…

***Langkah ke 6 dan 7, adalah jarang orang lakukan.

6/ Langkah Keenam (MENIKMATI)

Ini adalah proses yang saya suka. Menikmati hasil dari simpanan dan pelaburan. Anda akan beli kereta baru, hanya menggunakan dividen atau sewa rumah. Melancong ke luar negara dan sebagainya.

Tapi berhati-hati, pastikan perbelanjaan anda masih dalam bajet. Ikut keperluan dan bukan semata-mata kehendak sahaja. Kenapa anda kena ‘reward’ sebahagian untuk diri anda? Ianya sebagai motivasi untuk anda teruskan apa yang sedang anda lakukan (langkah 1 hingga 5).

Macam tadi, sila jangan berlebihan!

7/ Langkah Ketujuh (MEMPELBAGAIKAN)

Dalam maksud lain, adalah diversify. Proses ini adalah bukan untuk simpanan hari ini, tapi lebih kepada simpanan akan datang (masa hadapan). Empat kategori utama menyimpan untuk masa hadapan.

a. Simpanan hari tua (retirement)
b. Simpanan pendidikan (education) untuk anak nanti.
c. Simpanan kecemasan (emergency) jikalau berlaku sesuatu luar dugaan.
d. Simpanan legasi (legacy), sebagai simpanan untuk anak-anak dan cucu-cucu. Tak ada lah mereka sengsara.

Setakat hari ini, EPF (nama melayu adalah KWSP) adalah salah satu instrument yang ke arah ‘simpanan masa hadapan’. Tapi, simpanan ini anda hanya akan dapat dikeluarkan pada umur 55 tahun.

Fakta menarik, duit EPF akan habis selepas 3 tahun dikeluarkan!

Hari ini pula, wujud PRS (private retirement scheme), berfungsi untuk menyimpan masa hadapan. Kerajaan pula telah memberi beberapa insentif menggalakkan rakyat Malaysia menyimpan di PRS. Tapi anda kena faham, mekanisme PRS – quit charge, dan sebagainya.

Ada satu lagi cara untuk mempelbagaikan simpanan anda untuk masa hadapan.

Saya pun terkejut bila ada instrument kewangan ini dalam pasaran Malaysia. Dia macam ‘anuiti’ yang popular di US (sila Google apa itu ‘anuiti’), tapi bukan ‘anuiti’. Malah instrument kewangan ini dilindungi PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia), sehingga RM500,000.

Instrument yang hebat boleh tahan ketika ekonomi getir.

Kalau anda bijak gila, apa kah instrument kewangan ini?

Saya pun baru tahu semalam. Haha!

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s