Diari Ejen – Bekas yang tersisih dan terpinggir tentu susah nak cerita yang baik-baik.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

2 hari lepas saya terbaca satu status daripada rakan ejen saya – mengenai ‘bekas’. Ada satu perkataan yang menarik perhatian saya: ‘Menjadi bekas yang tersisih dan terpinggir tentu susah nak cerita yang baik-baik’

~ BEKAS EJEN ~

sorang klien aku berjumpa dgn sorang ejen insurans yg juga bekas ejen prudential. bekas ejen ni kata prudential tak cover kanser, tak cover take home drugs, tak cover kanser stage 4
nasib baik klien aku ni lawyer. dia tau sbg klien prudential dia ada polisi. jadi antara percaya ckp mulut ejen baik dia refer polisi sbg ‘kontrak’

~ mcm bekas2 yg lain (bekas laki, bekas ex, bekas pelajar, bekas pekerja) yg tersisih & terpinggir tentu susah nak cerita yg “baik2”

Notakaki: aku ejen bekas lawyer

Sumber: FB Ahmad Zaki Bin Zakaria

Saya pun mengalami perkara yang sama. Ceritanya begini, pada awal tahun ini 2015.

Saya tengah tunggu rakan saya, Haikal di KL Sentral atas urusan kewangan alumni. Tengah asyik saya skrol FB (saya memang rajin buka FB, tak tipu), saya ditegur oleh seorang wanita lingkungan umur 30-an. Dia tanya khabar saya, dia tanya nama saya dan tanya apa saya buat sekarang sebenarnya.

Sepatutnya, saya patut jawab: ‘Saya ejen insurans’. Tapi saya jawab lain, saya kata saya ini sedang tunggu kawan saya dari bangunan sebelah (saya rujuk bangunan Sooka Sentral). Dia pun duduk sebelah saya, katanya nak buat survey mengenai tahap kesihatan di Malaysia. Saya tahu ini memang kerja ejen, saya pun buat juga – sebab saya tahu perasaan di rejek macam. Lagipun dia perempuan, bagi muka konon-kononnya.

Sembang 10 minit, dia minta nombor telefon saya. Saya bagi. Sebenarnya saya tunggu dia tanya saya kerja apa. Lagi pun saya tengah belajar cara dia approach orang lain – stranger macam saya. (Diakui, saya dah lama tak tegur stranger!)

Dia tanya: ‘U dah ada insurans?’

Saya jawab: ‘Saya dah ada.’ Saya keluarkan kad medikal saya.

Dia tanya lagi: ‘U tahu apa coverage u?’

Saya jawab: ‘For sure saya tahu, ini…. itu… ini…’ (Saya kan ejen, sudah tentu saya hafal apa polisi saya)

Selepas itu bermulalah sesi ‘tak best’ – dia kata ini tak bagus, tak cover ini, Prudential ini menipu pampasan kematian. Cakap yang buruk pasal ini, ada benefit kena potong dan macam-macam lagi. Senang cerita, memburukkan syarikat lain. Saya pun pelik, kenapa dia cakap macam itu. Rupanya dia adalah ex-ejen Prudential dan join ke kompeni ‘A’.

Saya diam dan bersabar sehinggalah kawan saya sampai. Dalam industri insurans / takaful di Malaysia, bidang ini bagi saya masih baru. Rasanya tak perlulah nak mengutuk mana-mana kompeni lain pun.

Lagi satu, etika kenalah jaga.

Bukan bisnes ini je, bisnes lain pun sama. Penjual nasi lemak dan penjual nasi lemak. Janganlah anda dah berhenti jual nasi lemak anda kutuk orang lain jual nasi lemak kata ianya buang masa. Sama juga, orang yang berhenti bekerja dengan orang lain sekarang baru berjinak-jinak dengan berniaga (insurans ke, unit trust ke, MLM ke, nasi lemak ke) kutuk ‘orang makan gaji’.

‘Orang makan gaji’ ini yang sebenarnya memacukan ekonomi negara. Mereka membayar cukai, tak terkecuali. Mereka hero negara.

Saya seorang bekas jurutera.

Pada mata saya, saya nampak kerjaya jurutera yang saya dapat buatkan saya ‘LEAVING THE DREAM’. Saya bertukar kerjaya untuk memberi harapan kepada saya supaya ‘LIVING THE DREAM’. Tak salah bukan untuk kemajuan diri saya sendiri? Kalau anda rasa apa yang anda buat (kerjaya ketika ini), memenuhi kehendak hati anda – teruskan. Anda tak bersalah.

Terima kasih kepada semua kawan-kawan, rakan klien dan FB, sesiapa sahaja memberi dorongan saya berdiri sehingga hari ini.

Saya doakan anda berjaya, dalam apa jua anda laksanakan.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s