Assalamualaikum dan selamat pagi.
Sebelum ini saya ada kongsikan ENAM Keperluan Manusia untuk melakukan terbaik dalam kehidupan mereka. Enam perkara tersebut adalah:
- Kepastian / Ketetapan / Keselesaan
- Ketidakpastian / Kepelbagaian
- Kepentingan / Kebanggaan
- Kasih Sayang & Perhubungan Manusia
- Perkembangan
- Sumbangan
Huraian ENAM keperluan ini saya sudahpun huraikan; sila baca di sini: Enam Keperluan.
Kenapa saya suka ‘Enam Keperluan’ ini?
Ada satu idea mengenai cara memotivasikan manusia, iaitu menggunakan pendekatan The Maslow Hierarchy. Hirarki ini adalah terlalu ‘asas’ (basic). Ianya mengenai manusia kepada diri sendiri sahaja. Tiada sentuhan langsung kepada orang lain. Ini adalah pandangan saya.
Berbanding ‘the six human needs’ – idea yang saya selalu pakai untuk bicara tentang motivasi.
Saya suka nombor 4, 5 dan 6. Dalam Islam sendiri menganjurkan tentang hubungan sesama manusia, buat lebih baik dan lebih baik. Akhir sekali – sumbangan. Islam adalah agama yang mudah. Melalui penyampaian dalam Al-Quran itu sendiri, zakat dan sedekah banyak kali disebut. Jadi di sini, anjuran untuk ‘menyumbang’ pada orang lain adalah sumber motivasi yang sangat besar.
Masakan, Saidina Abu Bakar dan Abdul Rahman Bin Auf sanggup menyumbangkan harta yang begitu besar demi menyampaikan ajaran Islam. Itu adalah motivasi mereka – membantu demi agama.
‘The Six Human Needs’ adalah dari sumber bacaan saya, buku karangan Anthony Robbins (saya lupa tajuk) dan telah diolah oleh mentor saya, Dr. Azizan Osman dalam Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan yang saya hadiri bulan Februari 2015. Jadi idea ‘the six human needs’ lebih dekat dengan saya, berbanding ‘the maslow hierarchy’.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid