Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini sudah ada terbuka mata bertanya bagaimana nak jadi ejen insurans / takaful. Tapi masih ada yang menolak kerjaya ini sangat payah, sangat susah dan tak boleh cari makan! Ada juga kabur apa tugas ejen sebenarnya; sebab mereka melihat ejen ini balik-balik minum, balik-balik berjalan sana-sini, jumpa orang sana-sini.
Apa tugas mereka sebenarnya?
The Sales Cycle: TUJUH Langkah
The Sales Cycle adalah kitaran lengkap tugasa sebagai seorang ejen. Ini adalah panduan untuk semua orang, bagaimana hendak bermula menjadi seorang ejen. Kitaran ini bukan hanya ketika anda masih baru, tapi berterusan untuk memastikan anda berjaya dalam industri ini. Jadi apa TUJUH langkah itu?
- Prospecting – mengenal pasti siapakah berpotensi menjadi pelanggan anda.
- Pre-Approach – proses persediaan anda untuk bertemu bakal pelanggan anda.
- Approach – proses anda memulakan langkah, menelefon atau menegur.
- Fact Finding – keadaan anda bertanya apakah situasi bakal pelanggan.
- Presentation – dari ‘fact finding’, anda menawarkan apa yang sesuai untuk bakal pelanggan.
- Closing – pelanggan bersetuju dengan apa yang anda tawarkan.
- Deliver & Post Sales Service – memberi apa yang anda telah persetujui, dan menambah nilai pada pelanggan anda.
Setiap satu langkah, ada perkara-perkara penting yang anda perlu fahami. Contohnya seperti skil-skil yang perlu anda kuasai. Kalau ikutkan ‘the sales cycle’ ini, kebanyakan daripada kita sudah mahir – ia adalah umpama skil mengorat perempuan / lelaki idaman anda.
Kenapa saya kata begitu?
Begini…
Di dalam kelas di universiti, ada puluhan (malah ratusan lelaki/perempuan). Ada ‘scanning’ semua yang ada disitu. Ada yang nakal, ada yang pendiam atau jenis huh-hah. Di sini anda telah memulakan langkah Prospecting.
Jadi anda bersiap-siap nak memulakan langkah nak ‘tackle’. Anda bertanya pada rakan-rakan disekeliling anda – adakah dia masih single / berkahwin / berpunya. Suka makan apa, suka buat apa dan macam-macam lagi. Ini umpama ada Pre-Approach. Selepas itu, ada pakai pakaian yang smart kononya, dan bersedia untuk menegur dia ketika pulang dari kelas.
Anda tegur dia, anda telefon dia – ini ada proses Approach. Anda bertanya khabar, tanya itu tanya ini untuk dapatkan rasa selesa. Jadi anda gunakan peluang ini untuk bertanya lebih mendalam; perihal keluarga, anak ke berapa, asal mana, dulu belajar mana. Ini adalah langkah di Fact-Finding.
Macam mana pula proses Presentation?
Anda menerangkan siapa diri anda, adakah anda layak menjadi boyfriend atau bakal suami / isteri kepada si dia! Jadi anda bersungguh-sungguh, dan meyakinkan bahawa anda adalah pilihan terbaik. Setelah ditimbang tara anda pun berkahwin – ini adalah langkah Closing.
Bila berkahwin, anda kenalah beri yang terbaik pada perkahwinan anda – memenuhi permintaan asas mereka. Proses ini berterusan (Delivery & Post Sales Services), kalau rezeki baik (sebagai lelaki) anda boleh dapat keizinan berkahwin dua! – contoh je. Jangan ambil serius.
Kalau mahu kaitkan dengan industri ini, ia seperti begini.
- Anda kenalpasti siapa yang boleh ambil insurans/takaful. Orang sihat je boleh.
- Anda cuba untuk dapatkan cara bagaimana hendak berhubung dengan prospek anda – sudah tentu nombor telefon.
- Anda menelefon dan set untuk berjumpa.
- Anda bertanya perihal mereka, info yang berkaitan dengan insurans/takaful.
- Anda menerangkan kebaikan dan peranan insurans/takaful kepada mereka.
- Anda meyakinkan ini adalah penting, dan mereka bersetuju.
- Anda memberi apa perkhidmatan yang anda sudah tawarkan dan menjaga hubungan baik dengan mereka.
Kalau anda faham ‘the sales cycle’ ini, anda akan lihat industri insurans / takaful ini adalah senang untuk dilakukan. Boleh dibuat dimana-mana, bila-bila masa sahaja.
Saya akan menerangkan lebih terperinci setiap satu langkah pada tulisan saya akan datang.
Selamat memahami!
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid
salam encik adib…hebat penerangan encik adib..mudah faham 🙂 saya ada soalan kat encik adib..saya nak tanya ejen insurans ni dikategorikan sebagai “employee” kepada syarikat inusrans x? atau dia hanya mnjadi org tengah ja?
LikeLike
Wasalam. Ejen insuran ini dibawah syarikat insuran. Mereka tidak diberikan gaji, jadi ini bukan employee. Hanya komsiyen dan insentif tertentu.
Bahkan, kontrak ejen adalah ejen dan syarikat. Maksudnya orang tengah sahaja.
LikeLike