Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Baru-baru ini saya menghadiri Rookie Night. Malam untuk muka baru dalam industri, yang bermula dengan cemerlang. Tapi itu bukan fokus saya. Saya ingin mendengar sesi perkongsian oleh Cikgu Tengku.
Pada permulaan, dia menyebut ‘The Journey of Trust’.
Beliau bermula dengan sejarah diri beliau sebagai cikgu. Memang diakui tiada siapa pernah bercita-cita ingin menjadi ejen Takaful. Tapi apa yang dia mahukan adalah titik perubahan dalam diri sendiri. Ditanya bagaimana dia melakukannya seperti ‘set appointment’ – beliau adalah cikgu Pendidikan Jasmani. Beliau mencampakkan bola ke padang, budak-budak akan bermain dan itulah waktu diri beliau membuat ‘phone call’.
Ketika itu, beliau masih bertugas di Port Dickson, malam ada appointment di Kuala Selangor. Jadi apa yang beliau lakukan adalah tidur di jalan, dan memulakan tugas keesokan paginya di sekolah.
Beliau berpesan, wang tunai adalah amat penting ketika permulaan karier dia di Prudential. Beliau bertungkus lumus untuk apa sahaja contest berkenaan dengan wang tunai. Duit ini adalah modal untuk bergerak. Beliau tahu, kebanyakan ejen tidak bergerak pantas dan selalu kerana kekurangan modal iaitu wang tunai. Kira-kira mengenai tol dan minyak memang amat penting sekali. Dengan wang tunai, fokus beliau adalah mengurangkan hutang dan menambahkan simpanan.
Menurut cerita beliau sebagai cikgu, impian kebanyakan cikgu adalah mendapatkan gelaran APC (Anugerah Pengajar Cemerlang). Ada yang ambil masa 3 tahun, ada 5 tahun malah ada sampai 10 tahun untuk dapatkan anugerah kecemerlangan ini.
Ganjaran APC yang kebanyakan guru kejar ini, hanya memberi nilai tunai RM1,000 dalam masa 3,5 atau lebih daripada itu. Namun, bagi beliau dalam Prudential itu sendiri mampu menjana RM1,000 dalam masa sebulan.
Tambahan, beliau teringin untuk melancong ke luar negara. Bagi diri beliau hanya ada dua cara sahaja untuk melancong ke luar negara; mendapat tawaran belajar di luar negara atau kumpul duit sendiri, dan melancong sendiri.
Apa nasihat beliau kepada ejen lain?
Cara beliau untuk mendapatkan Star Club recognition adalah mengejar contest-contest yang kecil terlebih dahulu sebagai membina ‘winning mindset’. Kurangkanlah menonton TV, kerana bagi beliau orang yang menonton beliau merasakan tidak serius dengan impian masing-masing. Korbankan masa 1-3 tahun pertama jadi ejen, Insha Allah tahun berikutnya akan menjadi lebih mudah.
Antara pengorbanan yang beliau lakukan sehingga meninggalkan anak bini sampai 5 hari lamanya. Beliau percaya apa yang beliau dapat hari ini adalah rezeki dari Allah. Berpegang ayat “Allah memegang hati-hati manusia.” – dari situ dia berniat, apa yang beliau lakukan hari ini bukan memenuhi keperluan diri sendiri semata-mata. Tapi niat untuk membantu orang lain lebih baik.
Beliau berpesan, dengan niat yang betul insha Allah segalanya akan dipermudahkan oleh-Nya.
Ini adalah isi yang sempat saya ambil dalam sesi perkongsian beliau.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid