Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bagi seorang ejen di Prudential BSN Takaful Berhad, ada satu perkataan yang penting – ‘persistency’. Maksud yang lebih senang faham adalah, kebolehan klien-klien anda membayar caruman Takaful pada hari yang tepat dan tidak terlepas mencarum. Tiada polisi terbatal disebab tidak berbayar.
Kenapa sebagai seorang ejen perlu menjaga ‘persistency’? Ini apa yang telah ditulis oleh mentor saya, Nor Hisyam Abu Hasan. Saya olah sikit-sikit je.
#1. Persistency menentukan pendapatan seorang ejen tersebut. Sangat penting. Bukan amaun jualan sahaja yang anda mampu buat, tapi dari jumlah jualan itu berapa pendapatan yang anda sedang peroleh adalah lebih penting.
#2. Persistency dalam industri Takaful / Insurans, ianya umpama aliran tunai (cashflow) dalam perniagaan biasa. Sangat penting mempunyai aliran tunai yang positif. Sebuah perniagaan berasaskan makanan, misalnya memastikan supaya tiada kebocoran dari menggajikan pekerja berlebihan (overhead) atau kos operasi yang tinggi (bahan mentah yang mahal). Cashflow buruk, bisnes pun buruk.
#3. Persistency menentukan atau menunjukkan cara anda mengawal bisnes. Samada anda hanya main rembat / main sapu sahaja atau memilih bisnes ‘deal’ yang berkualiti. Ianya adalah indikator, samada seorang ejen itu mengikut ‘The Sales Cycle’ dengan tepat atau tidak – jualan berdasarkan keperluan (need based selling).
#4. Persistency melayakkan kita atau tidak sebagai seorang ejen, dan kemudian hari adalah seorang ‘the real business man’. Persistency adalah cabang utama, dalam industri Takaful / Insurans. Sebagai seorang ejen, memang fokusnya adalah kepada berapa jualan yang masuk. Tapi seorang usahawan berjaya, melihat lebih besar – ‘survival business’, dari segi aliran tunai, kualiti perniagaan dan pasaran prospek yang bagus.
#5. Persistency menentukan tahap bertanggungjawab kepada klien-klien anda. Persistency yang teruk memberi maksud klien-klien anda tidak dapat mendapat perlindungan yang berterusan. Kalau anda memfokuskan pada jualan sahaja, tidak menghiraukan langsung mengenai persistency – anda tidak hiraukan langsung siapa klien anda sebenarnya. Boleh juga, memberitahu bagaimana anda mendidik klien anda mengenai kepentingan Takaful / Insurans.
#6. Persistency menentukan siapa anda dalam industri Takaful / Insurans. Kelayakan anda dalam industri ini, jika bersama dengan Prudential, gelaran Prudential Wealth Planner, Star Club Achiever atau Senior Wealth Planner bergantung besar kepada tahap persistency anda. Untuk lebih jauh dalam industri ini, menjadi seorang Unit Manager / Agency Manager – ianya juga bergantung pada persistency.
#7. Ianya memang tanggungjawab wajib anda. Memang sudah termaktub pada kontrak seorang ejen; anda kena memastikan persistency ratio anda pada tahap yang memuaskan. Jika tidak, kemungkinan besar anda bakal tidak boleh meneruskan bisnes anda dalam industri ini.
Ada lagi yang boleh tambah, selain 7 sebab di atas kenapa kita perlu menjaga persistency?
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid
Terbaik
LikeLike