Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
#Kopipes
(Ada orang kongsi di Facebook)
Bermula jam 8 pagi.
8:00 pagi: Pergi kerja naik motor nampak rakan serumah naik kereta Vios.
8:30 pagi: Sampai tempat kerja, rakan sepejabat ajak sarapan McD.
10:00 pagi: Dapat telefon dari bank, ada promosi kad kredit ‘confirm’ lulus.
11:00 pagi: Rakan sepejabat tunjuk iPhone baru. ‘Zero downpayment’, boleh bayar sikit-sikit (installment).
12:30 tengahari: Rakan sepejabat ajak makan di Nandos, ada promosi.
1:30 petang: Dapat ‘flyers’, beli kereta ‘zero downpayment’.
2:30 petang: Rakan sepejabat tunjuk kereta baru modifikasi guna pinjaman peribadi, lulus cepat 10 minit.
3:00 petang: Ada kawan atau siapa sahaja, dah tahu dia tu EJEN INSURANS – CAKAP ‘BUSY’ TERUS LETAK TELEFON.
4:00 petang: Pegawai Astro telefon, tawaran percuma pemasangan Astro. Anda ambil.
5:30 petang: Minum petang di Starbucks.
9:00 malam: Buka FB, buka Groupon, Lazada ke apa ke. Nampak Sales, ada Promotion. PM, atau terus beli.
10:00 malam: Buka email, buka Insta, FB. ADA NAMPAK KELAS / SEMINAR TAMBAH PENDAPATAN ATAU BELAJAR CARA BERNIAGA. TERUS TUTUP.
10:30 malam: Terlupa ‘installment’ motor sebulan RM300.
11:00 malam: Tidur dan berangan-angan nak hidup senang.
Esok pagi, kerja macam biasa. Selamat datang ke perlumbaan tikus (the rat race).
Saya pun pernah berada dalam situasi lebih kurang macam ini.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid