Kad Medikal Yang Boleh ‘Cover’ Bersalin?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Antara soalan yang paling kerap ditanya, kad medikal yang sedia ada di pasaran ada ke tidak ‘cover’ bersalin?

Saya sedia maklum, ibubapa hari ini lebih cenderung untuk melahirkan anak mereka selain hospital gomen. Alasan sebab keselesaan, dilayan baik dan ada privasi (dalam bilik bukan berkongsi ramai-ramai). Hari ini juga ada ‘trend’ ibubapa menabung untuk menampung perbelanjaan bersalin. Harga standard dalam RM2,000 ke RM3,000 (bersalin biasa, tidak termasuk caesarean)

Jadi ada ke tidak, kad medikal ‘cover’ bersalin? 

Saya selalu bagi jawapan: TIDAK ADA. Kalau ada, sila bagitahu cepat-cepat. Sebab saya pun mahu satu! (Sudah tentu bukan untuk saya) Klien-klien saya juga mahu satu, saudara mara, kawan-kawan dan orang Malaysia mahukan jua!

Bagi saya, insurans / takaful adalah cara memindahkan risiko “yang tidak baik” – kesakitan atau kematian misalnya. Tapi, bersalin adalah satu ‘anugerah’ – anda akan diberi anak yang comel. Lagi satu anda kena faham, ada DUA SEBAB UTAMA insurans / takaful akan tidak ‘cover’:

  1. Penyakit Sedia Ada – anda sudah ada penyakit sebelum ini, dan memohon. Kemungkinan akan ditolak, diterima bersyarat atau ditangguhkan.
  2. Penyakit Dibuat Orang – anda telah di ‘buat’ oleh suami anda, menyebabkan anda mengandung dan hendak bersalin.

Itu sebab mengapa, kebanyakan insurans / takaful tidak melindungi bersalin / mengandung. TAPI, ada pelan yang melindungi KOMPLIKASI KEHAMILAN (saya ‘highlight’kan komplikasi). Ada beberapa pelan sudah berada di pasaran kewangan, saya ambil contoh Pelan Kad Medikal Health Enrich. 

Ada 8 Jenis Komplikasi Kehamilan yang dilindungi:

1. Pembekuan Intravaskukar (disseminated intravascular coagulation) – penggunaan pembeku darah yang berlebihan yang menyebabkan pendarahan yang teruk.

2. Kehamilan Ektopik (ectopic pregnancy) – kehamilan luar rahim.

3. Kehamilan Anggur / Molar (hydatidiform mole)

4. Pembedahan Postpartum Memerlukan Histerektomi (postpartum hemorrage requiring hysterectomy) – pendarahan teruk selepas bersalin yang memerlukan pembuangan rahim.

5. Eklampsia (Eclampsia) – sawan ketika mengandung.

6. Embolisme Cecair Amniotik (Amniotic Embolism) – air ketuban terperangkap di dalam saluran darah.

7. Embolisme Pulmonari Semasa Mengandung (Pulmonary Embolism Pregnancy) – darah beku tersumbat dalam saluran darah di paru-paru.

8. Toksemia Semasa Mengandung (Toxaemia Of Pregnancy) – tekanan darah tinggi serta kehadiran protein dalam urine semasa mengandung.

Jangan tanya lebih terperinci, saya bekas jurutera. Ini apa yang saya faham, walau apa-apa pun saya masih rujuk polisi untuk menerangkan manfaat komplikasi kehamilan ini.

Sila rujuk ejen anda, atau buku polisi anda. (Melalui saya pun boleh)
Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisements

2 responses to “Kad Medikal Yang Boleh ‘Cover’ Bersalin?

  1. Pingback: Diari Ejen – Adakah Seorang Suri Rumah Sepenuh Masa Memerlukan Insurans / Takaful? | Adib Yazid·

  2. Pingback: Pelan Ibu Mengandung – PruBSN Smartlink Extra Basic, alternatif untuk ibu bapa yang ingin melindungi anak sejak dalam perut. | Adib Yazid·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s