Tips-Tips Lambat & Mudah Untuk Persaraan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Menyimpan atau melabur untuk persaraan adalah satu perkara yang masih janggal. Ada yang kata KWSP adalah simpanan persaraan yang mencukupi – cukup ke? Di sini saya letakkan 4 fasa masa untuk persaraan (mengikut fasa umur).

Umur 20-an

  • Mula menyimpan sebanyak mungkin.
  • Paling minima, menyimpan di KWSP (kalau bekerja).
  • Menyimpan di Tabung Haji atau ASB, penuhkan kalau boleh.
  • Menyimpan secara agresif – jimat dalam banyak perkara.
  • Belajar di mana-mana; buku atau seminar mengenai kewangan.
  • Bina simpanan kecemasan; 3 bulan / 6 bulan / 9 bulan.
  • Elakkan membuat hutang.
  • Mempunyai kad medikal atau insurans / takaful yang secukupnya.

Umur 30-an

  • Maksimakan pulangan di KWSP – contoh: menggunakan instrumen private unit trust.
  • Melakukan kerja-kerja separuh masa yang menguntungkan, hasilnya disimpan.
  • Menambah jumlah-jumlah aset secara lagi agresif.
  • Jinakkan diri dengan pasaran saham, gunakan wang berlebihan sahaja.
  • Belajar menyimpan untuk pendidikan anak-anak.
  • Mempunyai polisi insurans / takaful melindungi sumber pendapatan.

Umur 40-an

  • Menyimpan, menyimpan dan simpan.
  • Menyimpan secara pasif, menggunakan aset sedia ada.
  • Belajar cara ‘asset allocation’ yang sesuai dengan ‘appetite risk’ anda.
  • Disiplin diri tidak menambah liabiliti melampau-lampau (umur yang nak enjoy).

Umur 50-an

  • Rancang target / goal.
  • Bincang dengan pakar.
  • Masa untuk keluar dari pelaburan yang berisiko tinggi (contoh: ekuiti)
  • Selesaikan hutang-piutang.
  • Bersedia sebarang kemungkinan.

Bila saya baca semula dari atas sampai bawah, sebenarnya SUSAH juga nak bersara ini. Tapi lebih baik bersusah sekarang dari bersusah kemudian hari. Ya, bukan?

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s