Konsep ( 1 / 3 ) Satu Per Tiga : Membuat Bajet Kewangan Peribadi Cara Malas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dalam ilmu kewangan peribadi, ada banyak cara bagaimana mengurus sumber dan membahagikan (membuat bajet) wang yang telah diperolehi. Boleh diperoleh melalui cara bekerja dengan majikan, bekerja sendiri ataupun membuat bisnes secara besaran (enterprise atau sdn bhd).

Ketika saya bekerja di syarikat Jepun dahulu, dan mula kerjaya part-time insurans/takaful, saya telah didedahkan dengan konsep mengurus kewangan ini oleh salah satu mentor saya; Bain @ Kamarudin Najri.

(Saya fokuskan pada orang yang bekerja, yang mempunyai majikan – makan gaji)

Kalau anda dalam suasana bekerja, akan dua jenis orang jumpa – saya sukakan nama Ali dan Abu:

  1. Ali adalah seorang yang sangat bijak mengurus kewangan. Bila gaji sudah masuk, dia pun tak tahu gaji dah masuk ke belum. Biasanya pada hari gaji masuk, orang lain sibuk nak ke ATM, dia boleh keluar ayat macam ini: “Ehh, gaji dah masuk erk hari ini?”
  2. Abu adalah orang yang kurang arif mengurus kewangan. Senang cerita, dia adalah insan yang sentiasa menanti dan berkira-kira bilakah gaji akan masuk. Walaupun gaji akan masuk dalam 5 hari lagi, tapi dah boleh kata begini: “Ehh, bila erk gaji nak masuk? Dah kering ini.”

Pertama sekali, sebelum anda hendak berubah menjadi lebih baik, anda kena sedar anda orang yang macam mana – ALI ke, ABU?

Adib Yazid Presentation Konsep 1 Per 3

Mengurus kewangan peribadi melalui konsep 1/3 (sumber: Sufyan Bakir)

Bagaimana hendak bermula?

Begini, misalnya gaji anda RM3,000 sebulan (gaji bersih sebaik-baiknya). Bahagikan gaji anda kepada TIGA bahagian utama. Jadi setiap bahagian adalah RM1,000 setiap satu. Kalau gaji anda RM2,500 , cari kalkulator. Saya menggunakan angka RM3,000 sebagai pemudah cara bagaimana hendak bercerita.

  • Perbelanjaan Tetap / Fix Commitment
  • Perbelanjaan Harian / Basic Needs
  • Simpanan atau Lebihan / Surplus

Saya sentuh dulu mengenai perbelanjaan harian (basic needs). Mengenai perbelanjaan ini, ia adalah perbelanjaan yang anda rasakan penting untuk meneruskan kehidupan. Sebagai contoh – makanan, pakaian, telefon (hari ini sukar kalau tiada telefon), pengangkutan termasuklah belanja minyak dan tol. Di sini anda kena berhati-hati, pastikan jenis perbelanjaan di sini hanya berkisarkan KEPERLUAN sahaja, bukan KEHENDAK. Contoh perbelanjaan kerana kehendak – tengok wayang, pergi konsert, belanja makan mewah dan sebagainya. Anda kena pastikan, tidak boleh RM1,000 (RM3,000 bahagi 3).

Mengenai perbelanjaan harian, kebiasaanya tidak akan melebihi nilai 1/3. Jika ada, pastinya kehidupan anda jenis yang enjoy – banyak habis pada makanan.

Perbelanjaan Tetap : Ramai yang ‘kantoi’.

Di sini, tempat dimana banyak kebocoran wang berlaku. Perbelanjaan yang dikategorikan dalam perbelanjaan tetap (fix commitment) seperti:

  • Hutang kereta (hire purchase loan)
  • Hutang rumah (mortgage loan)
  • Hutang kad kredit (credit card)

Anda juga boleh memasukkan perbelanjaan lain seperti; beri wang kepada ibu bapa, perbelanjaan sekolah, perbelanjaan hantar anak ke nurseri. Sebab kebiasaannya, perbelanjaan ini berbentuk secara tetap sebulan.

Bila anda ikut konsep ini, maksudnya dengan gaji RM3,000 sebulan anda tidak boleh memiliki kereta secara ansurans RM1,000 sebulan. Sebab itu saya kata, di bahagian ini, ramai yang ‘kantoi’. Bayangkan dengan gaji RM2,500 sepatutnya boleh memiliki kereta secara ansurans RM833 ke bawah (RM2500 bahagi 3). Tapi, bila sudah membeli kereta baru; MyVi misalnya dengan ansuran bulanan sudah RM500 ke RM600 sebulan.

RM833 ditolak RM500, baki di sini hanyalah RM333 sahaja!

Itu baru kereta, belum kata ada hati nak beli rumah. Sebab itu anda akan mengorbankan perbelanjaan harian yang perlu untuk memenuhi gaya hidup anda.

Buy things you don’t need, later you will sacrifice things you need.

Memang hari ini, ramai berniat nak beli rumah atas sebab ianya pelaburan yang berbaloi tapi anda kena lihat dan ‘screening’ dimana kebocoran wang anda sebenarnya. Membuat bajet dan mengawal bajet adalah skil yang sangat penting hari ini.

Simpanan / Surplus (Lebihan)

Cara terbaik adalah dengan gaji RM3,000 tadi, anda terus bahagikan kepada tiga dan membuat simpanan 1/3 terdahulu iaitu RM1,000. (pay yourself first) Memang terbaik, menyimpan 10% dari pendapatan yang diperolehi. Kalau ikut konsep ini, 1/3 menyimpan bermaksud anda telah menyimpan 33.33%. Banyak?

Lagi banyak lagi bagus!

Realiti di sini, disebabkan perbelanjaan tetap telah ‘burst’ (melebihi bajet) – jumlah anda menyimpan akan merosot. Sepatutnya anda boleh menyimpan RM1,000 sebulan tapi perbelanjaan tetap melampau, semak semula anda hanya mampu menyimpan RM600 sahaja. (RM400 mungkin hutang kad kredit, beli sport rim baru?)

Di sini anda kena aplikasikan 1/3 sekali lagi. RM600 baki dibahagikan dengan TIGA:

  1. Simpanan Kecemasan – RM200
  2. Simpanan Untuk Pelaburan – RM200
  3. Simpanan Untuk Perlindungan – RM200

Kalau saya ‘convert’kan kepada peratus, RM200 / RM3,000 adalah 6.66% sahaja. Sikit? Ya sangat sikit menyimpan 6.66% untuk setiap bahagian. Kalau secara realitinya, RM600 / RM3,000 sebenarnya anda sudah menyimpan 20%. Kenapa saya bahagikan kepada TIGA? Anda kena faham istilah setiap satu jenis simpanan.

Simpanan Kecemasan – adalah simpanan untuk keadaan kecemasan. Contohnya adalah jika diberhentikan kerja. Sekurangnya anda boleh hidup beberapa bulan. Tak ada lah sesak. Terbaik adalah 3 kali ganda (3 bulan) perbelanjaan bulanan anda. Jika anda berbelanja RM1,500 sebulan, anda kena ada MINIMUM RM4,500 sebagai simpanan kecemasan. Lagi banyak lagi bagus (6 bulan, 9 bulan, 12 bulan). Disimpan di tempat yang tidak susut nilai – ASB / Tabung Haji.

Simpanan Untuk Pelaburan – simpanan anda letak di instrumen pelaburan yang bersesuaian dengan risiko pelaburan anda. Setiap orang, ada risiko pelaburan masing-masing. Ada yang minat ‘unit trust’, simpanlah di situ. Anda suka yang berisiko tinggi, seperti pelaburan saham – silakan. Saya tak ulas lebih lanjut di sini apakah instrumen pelaburan terbaik. Terpulang kepada masing-masing.

Simpanan Untuk Perlindungan – ini adalah simpanan untuk menjaga diri anda sebagai seorang ‘income earner’ atau ‘breadwinner’ – insan yang bertanggungjawab membawa bekerja, ada pendapatan. Ini adalah bahagian yang selalu di-ABAI-kan, merasakan tidak penting. Instrumen yang sedia adalah insurans / takaful. Kalau boleh, ianya merangkumi PA (personal accident), manfaat kematian, kad medikal. Tak adalah anda kena korek tabung (simpanan kecemasan) tadi untuk menampung perbelanjaan hospital.

Setakat ini faham, apa yang saya cuba sampaikan?

Kalau anda sebelum ini jenis ABU (balik-balik tanya bila gaji masuk), mulakan tindakan ikut konsep ini (kalau mahu, ini alternatif sahaja) – jadi insan yang TAK KISAH bila gaji masuk.

Tahu-tahu bila gaji masuk: “EH, gaji dah masuk? Gaji bulan lepas belum habis lagi.”

Jangan lupa belanja saya makan, ok.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s