Diari Ejen – Adakah Seorang Suri Rumah Sepenuh Masa Memerlukan Insurans / Takaful?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, walaupun keadaan diluar sana berjerebu – tidak merencatkan rencana saya untuk lakukan sesuatu yang terbaik hari ini. Kalau naik motor, pakailah ‘mask’ – yang penting banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti di luar.

Hari ini saya di-approach oleh seseorang yang ingin menanyakan tentang pelan yang boleh bayarkan bil-bil bersalin; saya kata tiada – saya ada tulis disini:

Baca: Kad Medikal yang boleh COVER BERSALIN ?

Perlu Sangat Ke Insurans / Takaful untuk Surirumah?

Kalau tanya saya – kalau anda seorang yang sangat penting pada orang yang anda sayangi: sudah tentu sangat perlu.

Ianya sangat penting atau tidak, kerana ada yang berfikir seorang surirumah tidak mempunyai pendapatan untuk dilindungi. Ya, saya sangat faham perkara itu. Bagaimana seorang surirumah hendak mencarum setiap bulan? Sedangkan duit yang diberi oleh suami pula hanya cukup-cukup makan pula. Apatah lagi hendak membeli insurans / takaful.

Hari ini saya ditanya, oleh seorang surirumah (saya ringkaskan):

‘Sudah ada company coverage untuk medical, berkongsi dengan suami. Anak ada polisi berasingan. Untuk life insurance (insurans nyawa), hanya suami sahaja yang ada. Sebab dia high risk – ulang alik pergi kerja. Saya fulltime housewife. Any suggestion?’

Pendapat: Saya berpendapat adalah lebih baik seorang surirumah mempunyai pelan kad medikal terdahulu. Apa alasan saya? Sebab itu adalah ‘company coverage’ – sebuah syarikat boleh sesuka hati ‘remove’ anda dalam insurans / takaful berkelompok (jika berkelompok) atau tidak membayar / tidak mencarum untuk pelan medikal anda. Lagilah jika suatu hari nanti, suami jatuh sakit teruk, dibuang kerja dan tiada langsung pendapatan – nak memohon kad medikal lagilah payah!

Perkara kedua, adakah perlu seorang isteri mempunyai ‘life insurance’ atau insurans / takaful nyawa – memberi pampasan untuk kematian sahaja. Poin di sini, seorang surirumah sepenuh masa tiada pendapatan – tiada apa nak dilindungi. Sumber kewangan dari suami, sudah pasti seorang suami kena ada sebab dia seorang yang bekerja!

Tapi jika anda pegang pada prinsip ini – tidak mahu pun tak mengapa.

Alangkah lebih baiknya, jika mempunyai sumber kewangan berlebihan buat juga untuk suri rumah. Sekurang-kurangnya, jika terjadi apa-apa, wang pampasan boleh bantu anak anda dari segi sumbangan pendidikan atau amal jariah.

Kalau anda yang baca seorang suami, buatlah satu untuk isteri… sebagai tanda sayang.

Pilihlah pelan insurans / takaful berkaitan pelaburan. Ya, ambil hanya untuk perlindungan kematian sahaja. Jika tidak terjadi apa-apa, ada nilai tunai (simpanan) boleh pakai untuk tampung perbelanjaan tempat lain. Contoh; haji dan umrah.

Oh ye, ada orang kata kenapa ada pelan PRU Lady – kenapa tiada pelan PRU Man. Ada pula khabar, PRU Lady boleh bagi ‘coverage’ bersalin (dari ejen lain kata).

Nanti saya rungkaikan apa sebenarnya PRU Lady.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s