Assalamualaikum dan selamat pagi.
Sedutan Panduan Penting Follow Up:
#1. Jadilah manusia normal ketika menjual.
Jangan jadi SALESMAN. Kalau kita berperangai robot yang semata-mata mahu jual ‘sales’, memanglah orang akan menyampah, memanglah akan makan makian setiap hari.
#2. Fahamilah fitrah manusia: Dinamik hubungan dengan pelanggan.
Kita tidak semestinya akan beli terus. Kita mungkin mahu berfikir dahulu, mahu lihat penjual boleh dipercayai atau tidak. Kita tidak suka dipaksa. Pelanggan kita juga begitu. Jadi mengapa kalau kita menjual, kita suka paksa orang beli?
#3. Jadilah manusia yang normal, sebarkan kebaikan dan manfaat.
Faham masalah pelanggan dahulu. Barulah kita tahu bagaimana untuk bantu mereka selesaikan masalah. Jadi manusia normal. Bukan robot kerja ‘close sales’. Bagaimana kalau prospek beli dari orang lain (pesaing)? Rilek. Yang penting, kita bantu prospek selesaikan masalah. Rezeki kita sudah tertulis. Bagi-bagi la sesama kita. Asalkan prospek dapat manfaat. Mungkin rezeki kita bukan dalam bentuk pembelian oleh prospek itu. Mungkin kita dapat rezeki dalam bentuk lain.
#4. Manusia suka pada tips dan cerita kebaikan.
Janganlah setiap kali hubungi prospek sekadar mahu minta bayaran dan close sales. Kirimkan cerita baik-baik. Kongsi tips berkaitan. Kongsi tips tidak berkaitan. Doakan yang indah-indah. Ucap selamat apabila kena waktunya. Jadilah manusia normal. Bukan robot mengejar ‘sales’ semata-mata.
#5. Berbisnes ini mudah kalau kita faham apa ertinya menjadi manusia.
NOKTAH.
Selamat mencuba!
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid