Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya baru-baru ini ada buat survey dari ejen-ejen baru – apa yang mereka mahu daripada latihan yang diberikan. Ini beberapa input yang diberi:
- Sediakan 1 kelas khas untuk ejen baru, dan ejen lama. Kedua-dua grup kumpulan ini mempunyai pendekatan yang berbeza.
- Sebelum kelas bermula, mulakan dengan muzik atau video yang memberi inspirasi atau motivasi.
- Tambahkan variasi dalam pilihan presentation.
- Banyakkan aktiviti dril berdua, bukan dalam gruping yang besar.
- Pastikan orang dipertanggungjawabkan untuk mengajar, datang awal. Supaya tidak menenggelamkam semangat ‘new comer’, datang awal tapi pintu tutup.
- Jemput dari orang yang hebat (toppers) memberi peluang mengajar pula.
- Kelas khas mengenai produk kepada ejen-ejen baru. Setiap minggu satu kelas satu kelas produk.
- Ada dua orang leader dan seorang trainer setiap kali kelas dijalankan.
Bagi saya, ada tiga poin yang bagi saya masalah:
- Hormati masa. Banyak kali trainer datang lambat.
- Isi konten latihan. Terlalu banyak subjek ulangan dalam masa yang pendek. Mendatangkan jemu.
- Kurang aktiviti ‘role-play’.
Untuk pembaharuan, ada lima poin:
- Bilik khas untuk latihan.
- Konten baru, atau pendekatan baru.
- Segmentasi; ejen baru dan lama.
- Kehadiran leader.
- Sesi praktikal yang lebih hands-on, buat role play.
Ini apa yang saya dapat simpulkan.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid