Pelan Ibu Mengandung – TIGA SEBAB Kenapa Anda Perlu Melindungi Bayi Sejak Dalam Kandungan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelum ini, pelan untuk si anak kecil hanya boleh diambil apabila anak sudah berusia 14 hari – satu tempoh yang dikatakan bayi sudah berada dalam keadaan baik. Sejak kebelakangan ini, industri insurans / takaful telah menawarkan pelan ibu mengandung – pelan khas melindungi bayi sejak dalam kandungan (sejak berapa minggu, ikut pelan syarikat insurans / takaful masing-masing).

Ada TIGA RISIKO UTAMA yang perlu anda fikirkan.

  • Risiko Bayi Pra-Matang
  • Risiko Penyakit Di Awal Kelahiran
  • Risiko Penyakit Konginental

#1. Risiko Bayi Pra-Matang

Anda kena faham, keadaan bayi pra-matang. Maksud pra-matang adalah bayi yang lahir kurang dari 36 minggu dalam kandungan. Kalau ikutkan blog ini (Bayi Pra Matang) dikatakan sebegini:

  • Pra Matang: Minggu 34 – minggu 37.
  • Sangat Pra Matang: Kurang dari Minggu 32
  • Terlalu Awal Pra Matang: Kurang dari Minggu 25

Risiko ini sukar dijangka, walaupun telah melalui beberapa proses ‘scan’ – tidak boleh tentukan kelahiran bayi pra-matang ini.

Banyak risiko penyakit yang boleh berlaku pada bayi pra-matang; dari segi jangka pendek dan jangka panjang. Dari segi jangka pendek adalah seperti;

  1. Kesukaran bernafas pada minggu ke 35.
  2. Masalah jantung (tekanan darah tinggi misalnya)
  3. Masalah otak – pendarahan.
  4. Masalah kawalan suhu badan – bayi pramatang cepat kehilangan haba dari badan.
  5. Masalah penghadaman – usus yang tidak matang.
  6. Masalah sistem pendarahan – anemia dan jaundice (demam kuning)
  7. Masalah metabolisme – gula darah sikit.
  8. Masalah sistem imun – senang dijangkiti penyakit

Dari segi jangka panjang pula, seperti berikut:

  1. Cerebral Palsi – gangguan otot, kordinasi pergerakan dan posisi.
  2. Keupayaan belajar perlahan dari normal.
  3. Masalah penglihatan.
  4. Masalah lemah pendengaran.
  5. Masalah pergigian.
  6. Masalah kronik seperti jangkitan penyakit, asma dan kesukaran untuk menelan.

Sesetengah bayi tidak memperlihatkan keadaan ini, sehingga lewat pembesaran ataupun sudah dewasa.


#2. Risiko Penyakit Di Awal Kelahiran

Apabila bayi sudah lahir, memang lumrah seorang bayi mudah terkena penyakit. Penyakit yang paling selalu didengari adalah penyakit jaundice (penyakit kuning). Apabila anak menghidap penyakit kuning pula, ada pihak hospital akan menahan ibu bapa tidak membawa ke rumah selepas lahir, dan diletakkan di bawah pengawasan rapi (di bawah fototherapy atau inkubator)

Penyakit-penyakit lain seperti:

  • Radang paru-paru (pheunomia)
  • Asma
  • Bronchitis
  • Tonsil
  • Dan lain-lain

Seperti saya kata di atas, seorang bayi boleh diambil insurans / takaful boleh diambil selepas 14 hari, iaitu hari ke lima belas (15). Jika awal lagi, bayi sudah dihidapi penyakit di atas, bayi anda sudah ada rekod kesihatan – bakal menyusahkan pihak ibu bapa untuk memohon pelan insurans / takaful. Kalau ingin memohon juga, kemungkinan besar risiko  di KECUALI-kan penyakit-penyakit di atas.


#3. Risiko Penyakit Konginental

Bayi yang lahir hari ini juga terdedah dengan risiko penyakit keturunan; penyakit konginental. Antara contoh-contoh penyakit konginental adalah seperti:

  1. Conginental Cataract (Eyes, Ears, Nose Throat)
  2. Conginental Deafness
  3. Cleft Lip and/or Cleft Palate
  4. Oesphageal Astresia – tiada atau tidak terbentuk saluran dari mulut ke perut (Gastro Intestinal)
  5. Trachea Oesophageal Fistula – tiub pembawa makanan dan pernafasan bercantum sekali.
  6. Conginental Diaphargmatic Hernia
  7. Anal Atresia – tiada lubang pembuangan najis.
  8. Infantile Hydrocephalus – air berlebihan di kepala (Cerebral)
  9. Cerebral Palsy
  10. Spina Bifida
  11. Atrial Septal Defect (Cardiac)
  12. Ventricular Septal Defect
  13. Coarctation of the Aorta
  14. Tetralogy of Fallot
  15. Transposition of the Great Vessels

Risiko TIDAK AMBIL Ketika Berada Dalam Kandungan?

Jika sebagai ibu bapa, mengambil pelan perlindungan kesihatan atau hospital selepas lahir, kelulusan bergantung pada tahap kesihatan anak selepas 14 hari – pada hari ke 15. Jikalau sudah ada sejarah penyakit, berkemungkinan besar boleh:

  • REJECT (tolak)
  • EXCLUSION (dikecualikan, manfaat lain boleh tapi ada tertentu tidak boleh)
  • HOLD (ditangguhkan, dan diterima jika disahkan sihat)
  • LOADING (penambahan sumbangan/premium, menjadi lebih mahal dengan manfaat sedia ada)

Untuk kes penyakit konginental, memang peluang tipis untuk minta dilindungi. Penyakit seperti pneumonia pula kemungkinan besar akan di-EXLUSION-kan. Bagi kes bayi pra-matang, akan ditangguhkan sehingga bayi berusia pada 2-3 tahun itupun jika tiada apa-apa masalah kesihatan sepanjang 2-3 tahun tersebut.

Sebagai seorang ibu bapa, anda perlu mengawal risiko ini terutama dari sudut risiko kewangan. Jika penyakit ini berlaku, kemungkinan untuk berbelanja hanya pada bil hospital, dan menyukarkan anda mencapai matlamat kewangan anda.

Jadi, ada ke pelan ibu mengandung yang boleh melindungi TIGA RISIKO ini?

Insha Allah saya akan membuat bacaan terperinci 2 pelan utama yang ditawarkan oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad dan Prudential BSN Takaful Berhad.

(Kredit : Bacaan dari blog PU Atiq)

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

2 Comments

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s