Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sempena musim haji ini, ada juga orang mahu menyembang dengan saya: “Ada ke pelan untuk haji ni? Ya, lah. Dah ada kes meninggal di sana. Semalam pula, meninggal dipijak pula. Ada ke?”
Sebenarnya, pelan perlindungan ketika menunaikan haji dan umrah memang dah lama ada! Cuma hari ini, lebih komprehensif dan menarik – siap ada tambahan simpanan. Simpanan ini pula, akan memberi pendapatan tambahan dan mempunyai alternatif untuk dimasukkan ke dalam Tabung Haji (simpanan peribadi).
Saya selalu je cakap-cakap, tak pernah menerangkan di atas kertas (sebab, baru je cakap dah ada orang nak sign). Sempena sambutan Hari Raya Idul Adha, saya gagahkan juga menulis kebaikan pelan ini.
Apa itu PruBSN Ummahlink?
Saya ringkaskan; pelan ini adalah pelan Takaful berkaitan pelaburan (perlindungan nyawa, sakit kritikal & kemalangan) TAMBAH pelan perubatan (jika sudah ada pelan medikal sendiri, ini tidak perlu) TAMBAH pelan simpanan khas untuk niat ke tanah suci Makkah (boleh juga digunakan duit ini ke tempat lain; jika mahu).
Fokus utama pelan ini adalah:
- Memberi wang tunai kepada peserta – pelan ini ada dua opsyen Penggandaan (accumulate) atau opsyen Pemberian (payout). Kalau memilih ‘accumulate’, dalam masa 30 tahun anda akan berdisplin untuk menyimpan. Selepas itu anda akan sedebuk wang, dan boleh digunakan untuk niat anda – haji dan umrah. Berbeza pula dengan opsyen ‘payout’ – setiap 2 tahun, anda akan diberi wang minimum RM500. Duit ini, akan dikreditkan kedalam Tabung Haji. Dividen Tabung Haji adalah hak milik anda.
- Peluang cabutan bertuah dari Sijil Simpanan Premium BSN – walaupun anda sebenarnya menyimpan di Takaful, syarikat Prudential BSN Takaful Berhad, anda berhak dicabut undi memenangi hadiah dari Sijil Simpanan Premium.
- Perlindungan Haji & Umrah – ini paling PENTING. Seperti di atas saya ada sebutkan kemungkinan kejadian tidak diingini berlaku di tanah suci (seperti kejadian kren jatuh, kes terpijak, ribut dan sebagainya). Manfaatnya adalah:
- Manfaat Kematian dan Lumpuh Kekal (asas), sejumlah wang pampasan akan diberi kepada waris pemunya polisi. Sekurang-kurangnya boleh kurangkan beban jika kejadian tidak diingini berlaku. Ini tidak semestinya berlaku ketika haji atau umrah, kalau berada di Malaysia atau di negara lain sekalipun, akan diberi. Contoh: RM50,000.
- Manfaat BERGANDA (Double Takaful) – ini pula manfaat kematian dan lumpuh kekal berlaku ketika menunaikan haji dan umrah. Manfaat asas (di atas) akan digandakan. Contohnya, manfaat asas hanyalah RM50,000 maka manfaat ini digandakan menjadi RM100,000 jika kejadian tidak diingini berlaku ketika sesi haji dan umrah. (tiada had berapa kali ke umrah, atau haji)
- Manfaat Badal Haji – sudah pasti menunaikan haji adalah Rukun Islam Kelima, dan wajib dipenuhi. Walaupun sudah tiada, waris akan menunaikan Badal Haji untuk si mati. Melalui pelan ini, jika tidak panjang umur sejumlah wang RM3,000 (hari ini) akan diberi kepada waris untuk si waris menunaikan Badal Haji untuk si mati.
- Khairat Kematian – manfaat tambahan pengurusan jenazah akan diberi kepada waris, bila kematian berlaku.
- Manfaat Lain – ini adalah OPSYEN untuk mahu atau tidak, pada sesiapa yang mahu; seperti pelan kad medikal. Kalau sudah ada pelan medikal, anda tidak perlukan.
- Pelan yang mampu dimiliki untuk semua lapisan masyarakat, (haji dan umrah adalah kewajipan). Pelan paling minima adalah RM150 sebulan atau RM1,800 setahun.
- Pelan ini hanya boleh dimiliki oleh sesiapa (Muslim atau Non-Muslim), dari umur 19 tahun hingga 70 tahun. Kalau Non-Muslim, manfaat Badal Haji akan ditukarkan kepada manfaat khairat kematian.
[ Download / Muat Turun Brochure UmmahLink : Ummahlink ]
Bagaimana Pelan Ini Berfungsi?
Saya menggunakan diri saya (kalau diri anda, berbincanglah dengan ejen anda atau saya kemudian), untuk merangka satu pelan PruBsn Ummahlink.
#1. Langkah Pertama
Saya kena tentukan 4 benda penting sebelum memberitahu ejen anda.
- Umur anda, lebih tepat tarikh lahir anda. Untuk mengetahui ANB (age next birthday).
- Jantina anda, lelaki atau perempuan.
- Pekerjaan anda, adakah kelas kerja anda berbahaya atau kurang berisiko.
- Status merokok anda, merokok atau tidak.
Selebihnya, adalah seperti pendapatan setahun anda (anggaran kasar).
#2. Langkah Kedua
Anda kena tentukan berapa pelan yang anda mahu, sudah pasti mengikut bajet. Di sini, saya highlight-kan TIGA pelan sahaja.
- Pelan paling minima – RM150 sebulan / RM1800 setahun.
- Pelan kedua – RM300 sebulan / RM3600 setahun.
- Pelan ketiga – RM450 sebulan / RM5,400 setahun.
Berdasarkan pelan ini, anda boleh tahu ilustrasi simpanan anda selepas 30 tahun (maksimum 30 tahun). Saya mengambil contoh saya mengambil pelan RM150 sebulan. Ini adalah deskripsi mengenai diri saya sebagai prospek.
(Klik gambar untuk lebih jelas)
#3. Langkah Ketiga
Selepas itu, anda kena tentukan samada ingin memilih DUA opsyen ini.
- Penggandaan (accumulate) – wang simpanan anda disimpan sehingga 30 tahun. Selepas 30 tahun, anda akan mendapat sejumlah wang. Sesuai untuk orang yang berdisplin menyimpan wang. Masih ada ruang untuk si pemunya polisi mengeluarkan sebahagian wang, itupun dengan amaun-amaun tertentu.
- Pemberian (payout) – setiap dua tahun, Prudential BSN Takaful Berhad akan memberi wang kepada si pemunya polisi. Seperti contoh atas, saya telah memilih pelan paling minima RM150 sebulan – jadi setiap 2 tahun, RM500 akan diberi kepada saya. Disebabkan, pelan Ummahlink berkisarkan pelan perlindungan haji dan umrah, RM500 ini akan dikreditkan ke akaun Tabung Haji.
Saya lebih sukakan OPSYEN penggandaan (accumulative), biarkan sahaja selama 30 tahun. Tapi di sini, saya buat pelan untuk OPSYEN pemberian (payout). Ini adalah apa yang saya dapat dari segi manfaat dan caruman sebulan saya.
(Klik gambar untuk lebih jelas)
Apa banyak BEZA opysen simpanan penggandaan (accumulative) atau pemberian (payout)?
Dalam konsep simpanan dalam Ummahlink ini, anda kena faham – ada dua bahagian penting.
- Cash Unit Account (CUA)
- Investment Unit Account (IUA)
Pada CUA, tiada beza jumlah anda akan dapat sepanjang 30 tahun ini walaupun anda memilih opsyen ‘accumulative’ atau ‘payout’. Beza ketaranya, anda dapat setiap dua tahun atau selepas tiga puluh tahun. Itu sahaja.
Lihat diagram ini untuk nampak lebih jelas bagaimana CUA berfungsi.
Beza ‘accumulate’ dan ‘payout’ – tiada beza dari segi amaun jumlah yang diperolehi.
Tapi, dari segi Investment Unit Account, akan akan terkejut. Bezanya sangat ketara pula.
Jadual pembayaran secara ‘accumulate’.
Jadual pembayaran secara ‘payout’
(Nota: x% adalah dianggapkan dividen hanya 2% setahun, y% adalah dianggapkan dividen hanya 6-9% setahun. *Sila rujuk dengan ejen anda dan dapatkan dan fahamkan ilustrasi ini dengan lebih tepat.)
Lihat setelah 30 tahun (dengan anggapan 6-9% setahun), perbezaan. Pada jadual ‘payout’ hanyalah RM58, 491 manakala pada jadual ‘accumulate’ adalah RM62, 364. (Nota: jumlah ini tidak dijamin, ini adalah pelaburan). Itu kalau anda hendak keluarkan pada tahun ketiga puluh.
Cuba kalau anda dah diseru pergi Haji pada tahun ke 20 pula? Banyak beza tak?
Jadual ‘payout’ pada tahun kedua puluh (anggapan 6-9% setahun) adalah RM38,417.
Jadual ‘accumulative’ pada tahun kedua puluh (anggapan 6-9% setahun) adalah RM44,973.
Ini adalah pelan RM150 sebulan sahaja. *Umur saya ketika saya buat adalah 28 tahun.
Ini adalah pelan tambahan dalam profail kewangan anda, untuk mencapai target pergi Umrah / Haji. Ini bukan pelan MUTLAK untuk ke Haji / Umrah. Bukan begitu. Ianya masih instrumen tambahan. Pendapat saya, adalah bagus untuk mempercepatkan niat ke tanah suci. Bukan begitu?
Sebarang persoalan atau bantahan, boleh kemukan kepada saya. Kalau anda pembetulan atau penambahbaikan adalah dialu-alukan. Email kepada saya: adibyazid8282@gmail.com
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid