Assalamualaikum dan selamat pagi.
Beli sabun, 5 minit lepas di Speedmart – bergegas ke rumah, tabur dalam mesin basuh. Tekan ON, berpusinglah mesin itu dengan sabun. Hari ini bangun nak pergi kerja, badan pula panas – tapi nak digagahkan juga ke tempat kerja. Apatah lagi, ‘annual leave’ dah habis di pakai tahun ini.
Kalau cuti, alamat gaji dipotong. Lalu, ditelannya Panadol dua biji terhuyung-hayang dalam KTM ke Menara TM.
Itulah ceritanya – hari ini semua nak segera. Beli waktu itu, di kala itu juga dipakainya.
Insurans/takaful yang anda ambil sekarang bukan nak pakai besok ke, minggu depan ke, tahun depan ke. Sebenarnya kita tak tahu bila nak jadi dekat kita. Tapi kita boleh bersedia dari awal. Kalau jadi apa-apa, tak lah susah sangat nak cari duit sebab caruman anda dalam insurans/takaful itu dah ada.
Tapi ramai yang menangguh, tak ada bajet, rasa sihat sepanjang masa la, tak penting la, tapi bila tanya nak ada perlindungan ke tidak. Rata-rata mahukannya. Mahu dan bertindak dua cerita berbeza. Kalau mahu, berusaha dapatkannya.
Macam mana tu?
Sedar sebelum terlambat. Bukan dah kena baru nak sedar.
(Jumpa prospek dah ada macam-macam penyakit, sedih oi, sedih oi)
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid