Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Insurans / takaful, ada juga yang ambil sebab kawan sebelah ambil. (Kalau kawan tak nak, dia pun tak nak!)
Tak semestinya, produk kewangan. Boleh juga seperti, makanan Boat Noodles. Orang makan kat situ, dia pun nak makan kat situ. Produk sabun, rumah sebelah pakai, kita sekeluarga pun nak merasa pakai sabun itu. Contoh.
Kenapa?
Sebab kebanyakannya orang takut menjadi orang pertama (early adopter) – termasuk diri saya.
Jadi, dalam apa jua produk yang anda hendak jual – kumpulkan ‘social proof’ untuk yakinkan orang ramai yang produk anda selesaikan masalah orang lain. Persoalannya, bagaimana nak tingkat ‘social proof’? Menurut kata SifuFBAds dalam Facebook ini sendiri boleh. Caranya:
- Tingkatkan KOMEN pada POST.
- Banyakkan gambar TESTIMONIAL, printscreen, gambar dan video.
- Tunjukkan gambar stok, gambar pelanggan datang kedai.
- Buat album koleksi testimonial.
Kata beliau, lebih 85% ‘buying trigger’ disumbangkan oleh ‘social proof’.
Contohnya, kalau anda buat MLM yang ‘pairing’, anda tunjukkan kereta Lamborghini, kereta Ferrari anda untuk meyakinkan bahawa ‘ikutlah saya, saya sudah terbukti berjaya’ – ini adalah contoh ‘social proof’.
Apa contoh ‘Social Proof’ yang ada pada diri anda?
Nota: Seorang ‘good follower’ adalah seorang ‘good leader’.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid