Pelan Ibu Mengandung – PruBSN Smartlink Extra Basic, alternatif untuk ibu bapa yang ingin melindungi anak sejak dalam perut.

Disclaimer: Saya adalah seorang agent di bawah agensi yang mewakili Syarikat Prudential BSN Takaful Berhad. Maklumat di dlm blog ini hanyalah penerangan ringkas dan berdasarkan pendapat peribadi saya dan bukan sebahagian daripada sijil. Saya dan syarikat Prudential BSN Takaful Berhad tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang disampaikan. Anda dinasihatkan untuk berjumpa terus dgn wakil sah utk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci. Sila layari web rasmi di http://www.prubsn.com.my.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelum ini saya ada kongsikan mengenai ibu mengandung dan beberapa entri berkaitan dengannya.

Kali ini saya akan terangkan serba serbi mengenai pelan PruBSN Smartlink Extra Basic.

Mahu Perlindungan Sebelum Lahir ATAU Selepas Lahir?

Sebagai ibu bapa, anda kena tanya kepada diri anda sendiri. Di sini saya sudah tuliskan TIGA SEBAB kenapa anda perlu melindungi bayi sejak dalam kandungan. Tiga sebab iaitu:

  1. Risiko Bayi Pra-Matang.
  2. Risiko penyakit di awal kelahiran.
  3. Risiko penyakit konginental.

Risiko ini adalah minima, tapi setiap risiko perlulah diuruskan. Jadi bagaimana pelan PruBSN Smartlink Extra Basic boleh membantu?

PBTB PreNatal ExtraBasic

(Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)

Alhamdulillah, hari ini ibu bapa telah celik mata. Golongan ibu bapa muda hari ini sudah bijak, mengambil pelan perlindungan takaful sejurus sahaja anak lahir. Ikut jadual ini, pelan takaful yang ditawarkan oleh PruBSN adalah pelan PruBSN Smartlink. Pelan ini sebenarnya boleh diambil selepas 14 hari kelahiran.

Pelan ini akan ditambah nilai, dengan kad medikal dan simpanan pendidikan misalnya (contoh Takaful Saver). Seperti saya katakan, hari ini ibu bapa ‘demand’ untuk mempunyai pelan untuk anak sejak dalam perut lagi! Pelan untuk anak sejak dalam perut, untuk konvesional memang sudah ada – anda boleh Google PruMyChild.

Sejak kebelakangan ini, saya telah di-approach sendiri oleh pelanggan saya sendiri ‘Adakah ada pelan perlindungan sejak dalam perut yang patut syariah?’ atau kata lain, pelan Takaful. Jawapannnya, ada. Tetapi jarang di canangkan oleh ejen-ejen Takaful. Saya akan olah sebabnya pada perenggan berikutnya.

Pelan PruBSN Smartlink + Extra Basic, TAMBAH Vital Care TAMBAH Baby Care

Pelan PruBSN Smartlink biasa (diambil selepas kelahiran) anda boleh bermula dengan minima RM50 (hanya memberi perlindungan kematian sahaja). Paling OK adalah pelan RM130 ke RM150 (hari ini) – termasuklah kad medikal dan simpanan pendidikan.

Untuk pelan PruBSN Smartlink + Extra Basic pula…

Saya telah mempunyai pengalaman seorang ibu muda, berumur 27 tahun yang mahukan perlindungan sejak kandungan berusia 24 minggu. Bila saya membuat kiraan caruman ianya minima adalah RM214! (bagi saya mahal untuk pelan begini).

Apabila pelan ini mempunyai nilai caruman yang tinggi, apa manfaat yang ada? Ada dua manfaat utama yang ketara, iaitu:

  1. Vital Care – untuk perlindungan penyakit spesifik (rujuk rajah dibawah).
  2. Baby Care – untuk perlindungan rawatan sakit sejurus lahir. (rujuk rajah dibawah)

PBTB PreNatal Baby Care PBTB PreNatal Vital Care

(Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)

Bila saya bertanya ibu bapa yang sudah mengambil pelan ini (PruBSN Smartlink + Extra Basic), apakah keutamaan mereka mengambil pelan ini kepada anak dalam kandungan. Jawapannya adalah ini:

  • Andaikata bayi lahir pra-matang, dalam pelan ini ada coverage ICU/HDU RM300 sehari. Boleh menampung sikit perbelanjaan.
  • Andaikata bayi ditahan di wad dan diseliakan dalam inkubator, dalam pelan ini ada ‘incubation benefit’ RM100 sehari, walaupun manfaat ini hanya boleh diperolehi jika anak ditahan selama 3 hari berturut-turut.

Di luar sana, saya menjangkakan ada pelan lagi baik daripada pelan ini, cuma pelan dari PruBSN perlindungan untuk anak sejak dalam perut buat masa ini adalah PruBSN Smartlink + Extra Basic TAMBAH Vital Care TAMBAH Baby Care.

Manfaat Lain?

Ya, ada manfaat lain. Manfaat tambahan kepada pendidikan anak.

PBTB PreNatal Education Bonus

(Klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Siapa yang boleh ambil pelan ini?

Khas untuk ibu yang mengandung 18 minggu. (pandai-pandailah kira minggu). Ada beberapa perkara yang penting tahu sebelum memiliki pelan ini, contohnya: bila ‘delivery date’? Dokumen lain?

  • Salinan kad pengenalan bapa (sebagai payor).
  • Salinan kad pengenalan ibu (sebagai ibu yang mengandung)
  • Borang permohonan yang telah diisi dan ditandatangani.
  • Borang Obstetrics and Gynecology (O&G) yang telah diisi oleh doktor, ketika ‘check up’.
  • Gambar 2D/3D/4D anak dalam kandungan (tambahan: komen dari doktor) – pengalaman saya, buat tiga bahagian; kepala, badan dan kaki.
  • Caruman pertama.

Secara jujurnya, proses permohonan ini perlu diselesaikan dengan cepat. Maklumat yang terima dari doktor (melalui borang O&G) hanya boleh dipakai selama 2 minggu sahaja.

Saya berharap entri ini membantu ibu bapa lain, membuat ‘baca-baca’ mengenai pelan perlindungan ibu mengandung ini – yang sebenarnya melindungi bayi sejak dalam perut.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

1 Comment

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s