Tips Tidur yang Nyenyak dan Lena.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tidur adalah satu perkara yang anda kena korbankan jika anda kesuntukan masa untuk melakukan sesuatu. Ada orang kata, tidur adalah petanda malas, tapi kebanyakan pakar berpendapat tidur yang berkualiti adalah penting untuk kesihatan, pencernaan nutrisi makanan dan sebahagian mempengaruhi aktiviti bersenam anda.

Sebagai seorang ejen insurans / takaful, anda kena perlu berada dalam keadaan yang terbaik bila bertemu dengan pelanggan. Tidak lesu, tidak mengantuk atau lalok. Tidur malam yang bagus adalah sangat penting memastikan anda kelihatan bertenaga, segar dan ‘tajam’ dalam bertindak. Kurang tidur akan mempengaruhi kesihatan anda keseluruhannya.

Tidur yang lama sangat bukan bermaksud anda mempunyai tidur yang berkualiti. Tidur yang berkualiti bermaksud tidur dalam lingkungan 7 hingga 8 jam semalam tanpa gangguan.

Ini ada beberapa tips untuk tidur yang berkualiti:

#1. Tetapkan ‘jam badan’ anda.

Anda kena berlatih untuk bangun setiap hari pada waktu yang sama setiap hari termasuklah hari minggu. Ini melatih badan dan minda anda berada dalam kitaran tidur yang sama dan baik.

#2. Hindari minuman berkafein.

Kafein contoh kopi, di waktu pagi adalah bagus. Tapi minum kopi selepas waktu tengahari, di waktu petang sangat mempengaruhi waktu tidur anda.

#3. Bersenam.

Bersenam membantu kualiti tidur anda, tapi anda kena lakukannya pada waktu yang sesuai. Bukan semua waktu sesuai untuk bersenam. Bersenam di lewat petang, dan waktu malam akan memberi anda tenaga baru – menyebabkan anda terjaga dan sukar untuk tidur.

#4. Berada dalam persekitaran yang sesuai.

Tempat paling ideal untuk tidur adalah tenang, senyap dan gelap. Pastikan bilik anda mempunyai pengudaraan yang baik dan pilih suhu bilik yang sesuai dengan anda.

#5. Bebaskan fikiran anda, jangan serabut.

Alihkan masalah kerja, konflik atau membuat keputusan yang kritikal  2 hingga 3 jam sebelum tidur. Jika anda risau, tulis apa perkara yang merisaukan anda dan rangka pelan bagaimana hendak selesaikan masalah anda itu. Kata pada diri anda, bahawa anda akan selesaikan secepat mungkin esok pagi. Jangan guna smartphone atau apa-apa gajet sebelum tidur. Baca buku sebelum tidur, atau dengar lagu – 20 minit sebelum tidur.

Tidur yang berkualiti akan menambah baik bagaimana anda menghabiskan masa bila anda terjaga.

Jadi, kawallah kualiti tidur anda.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Leave a Comment