Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semalam adalah permulaan untuk kuarter terakhir 2015. Ia adalah tempoh singkat 3 bulan terakhir dimana ramai potensi ejen-ejen akan melakukan keajaiban – contoh, dapat pergi ke Star Club. Saya gunakan poin-poin untuk memberi isi penting semalam:
- Tujuan Khalifah Group Achiever 2015 adalah mengekalkan fokus setiap ejen pada target dan pelan masing-masing.
- Kuarter terakhir boleh menyaksikan pelbagai keajaiban boleh berlaku. Siapa yang bermula baik, tidak semestinya berakhir baik – begitu sebaliknya. Maksud di sini, siapa anda ketika bermula tidak sama siapa anda ketika di pengakhiran.
- Strategi kuarter terakhir adalah menjadi seorang yang unik, pemenang dan menjadikan setiap perkara mustahil kepada yang tidak mustahil.
- Perjalanan Khalifah Group tahun ini adalah 30 juta. Hari ini baru mencatat 10,994,697. Ada baki 19 ribu untuk dipenuhi.
- Tahun ini menyaksikan banyak ejen berada dalam grup PWP (Prudential Wealth Planner) iaitu seramai 29 ejen dan 18 pengurus. Manakala untuk grup Starclub, merosot berbanding tahun lepas – hanya 4 orang ejen dan 8 orang pengurus sahaja.
- Untuk memastikan kita kerja dan kena pada target, adalah mempunyai target yang besar. Umpama anda baling dart ke tengah yang kecil, pasti akan ‘miss’. Cuba besarkan tanda hitam di tengah. Lebih mudah anda kena pada target anda.
- Sesebuah organisasi dan setiap individu adalah umpama himpunan batu-bata dan batu-bata. Bata yang kecil mampu menghasilkan Colliseum, Wall Great of China, Piramid dan Burj of Khalifah. Siapa yang dipertanggungjawabkan menyusun batu sehingga menjadi monumen penting? Seorang pemimpin yang berdedikasi.
- Menjadi unik bagi Prudential, ‘job deskripsi’ seorang ejen bukan hanya menjual polisi tapi bertanggungjawab menjadikan orang lain berjaya.
- Fahamkan maksud ‘whoness’ dan ‘whatness’.
- Kalau tanya siapa Mahathir? Anda akan kata beliau seorang Perdana Menteri. Siapa Tom Cruise? Seorang pelakon handal. Siapa Christiano Ronaldo? Seorang pemain bola sepak.
- Perdana menteri, pelakon dan pemain bola sepak adalah kerja mereka – apa yang mereka lakukan untuk mendapatkan pendapatan. Ini adalah ‘whatness’, bukannya ‘whoness’.
- ‘Whoness’ adalah cara anda deskripsi siapa sebenarnya mereka, bukan apa yang mereka lakukan.
- ‘Amir seorang yang jujur dalam bekerja, tidak sombong dan pemurah hati’ – ini adalah ‘whoness’ siapa mereka.
- Maksudnya di sini, menjual insurans / takaful bukan sebab ‘whatness’ tapi lebih kepada ‘whoness’. Produk dan kompeni bukannya satu indikator penting ketika mereka ‘melantik’ anda sebagai ejen mereka. Tapi nilai pada diri anda sendiri.
- Debat dalam bidang bola sepak – siapakah yang paling hebat? Christiano Ronaldo ataupun Lionel Messi?
- Walaupun ramai yang mengiktiraf Lionel Messi yang terbaik, tapi mereka tidak boleh melupakan siapa Christiano Ronaldo. Beliau dikenali kerana kerja keras dan uniknya cara beliau bermain – the hard way to remembered.
- Hari ini ekonomi sangat mencabar. Begitu juga dengan industri insurans / takaful. Masyarakat di luar sana, berhati-hati ke mana mereka mahu meletakkan duit. Tips di sini – ‘stay close with your customer’.
- Ayat paling ‘powerful’ ketika pelanggan dalam keadaan marah adalah ‘I understand with why you said like this. I promise and I guarantee you, I will stay with you and go through this all together.’
- Kenapa semua ejen akan berusaha secara luar biasa ketika hujung tahun?
- Kerana semua ejen mempunyai nilai ‘sense of urgency’ – menghampiri hujung tahun.
Ini adalah poin-poin yang dapat dikumpul.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid