Panduan Membuat FB Pages berkaitan Insurans / Takaful – Bahagian I

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Facebook bukan hanya sebagai medium untuk sosial interaksi. Malah lebih dari itu! Boleh menjana kewangan melalui bisnes-bisnes yang ditawarkan dalam Facebook anda. Hari ini, Prudential telah mengeluarkan ‘The Digital Agent’s Guide’ dalam majalah bulanan Pru Quarterly edisi Oktober 2015. Di sini saya bahagikan kepada dua bahagian penting:

  • FB Pages
  • Menarik audiens.

Adib Yazid Personal Brand

FB Pages: Apa yang perlu anda lakukan?

Saya akan terangkan melalui poin-poin. Tapi sebelum itu, bagaimana hendak membuat pages? Senang. Anda hanya perlu mencari ‘create pages’. Untuk lebih faham, ada baiknya anda buka sahaja Youtube atau Google.

#1. Gunakan logo yang betul.

Sebaiknya, gunakan logo yang anda cipta sendiri yang melambangkan diri anda atau agensi anda, bukan syarikat yang anda wakili. Ya, meletakkan logo Prudential adalah satu kredibiliti yang besar tapi untuk insurans / takaful, bisnes ini mengenai hubungan peribadi antara insan lain. Logo yang dicipta dan digunapakai sendiri lebih menyentuh bakal-bakal pelanggan anda.

#2. Gunakan ayat yang betul.

Tidak gunakan ayat yang berkaitan dengan syarikat anda. Misalnya, kalau anda mewakili Prudential tidak perlu anda letakkan ‘Adib Pru’ atau ‘Prudential Adib’. Kalau pula anda datang dari AIA, anda gunakan ‘Ijat AIA’. Ada lebih baiknya, dengan kreativiti anda sendiri anda gunakan seperti ‘The Takafulman’, ‘Abang Besar Takaful’ – sebagai contoh.

#3. Gunakan ‘disclaimer’ yang betul.

‘Disclaimer’ berperanan sebagai peringatan awal, supaya bakal pelanggan tidak tersilap membuat andaian atau keputusan. Mana tahu, disebabkan Pages anda, mereka tersilap melabur / mencarum dan bakal menyalahkan anda kemudian hari – dengan ada ‘disclaimer’, mereka tidak terburu-buru menyalahkan anda. Contoh ‘disclaimer’ (saya baru sahaja email bahagian pemasaran internet untuk dapatkan ‘disclaimer’ dalam bahasa Melayu):

‘This FB pages is produced by Agent ABC, a Wealth Planner representating Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) and contains their personal views, thoughts and opinions. This FB page is not informational purposes only and is neither endorsed by PAMB nor does it constitute any official communications from PAMB.’

#4. Gunakan perspektif yang betul.

Anda kena menulis / menaip sesuatu ‘konten’ atau isi cerita yang refleks kepada pandangan anda terhadap sesuatu perkara. Bila anda menulis sesuatu dari sudut mata anda, cerita anda lebih jujur dan rapat dengan pelanggan. Malah, ianya mampu membina hubungan yang akrab anda dan bakal-bakal pelanggan.

#5. Letakkan maklumat anda di ‘contact form’.

Contoh maklumat yang ringkas:

  • Nama penuh: Mohd Adib Bin Mohd Yazid
  • No telefon: 0193660319
  • Alamat: Suite 931, Level 9, Damansara Intan.
  • No agent: JR7oo5

Menarik Audiens: Asas, lebih maju dan bergaya.

Melalui majalah ini, ada tiga model yang boleh anda cuba untuk lebih interaktif menggunakan FB Pages.

#. Model Asas

  1. Sentiasa memberi maklumat / idea / cerita yang bernilai kepada audiens yang sedia ada. Kalau belum mampu mengarang, dapatkan dari blog-blog atau pages-pages lain. Jangan lupa kreditkan kepada mereka.
  2. Ringkas dan ringkas. Jangan serabutkan anda Pages anda dengan corak-corak yang pelik (walaupun anda seorang yang kreatif). ‘Simple’, minimalis dan mudah dibaca serta diakses oleh audiens anda.
  3. Respon yang cepat. Kalau ada audiens bertanya, dan memerlukan anda jawab di kala itu – lakukan dengan pantas. Audiens gemarkan respon yang cepat dari tuan rumah Pages.

#. Model lebih maju.

  1. Guna ‘case study’ sebagai rujukan. Tunjukkan produk yang anda bakal tonjolkan benar-benar membantu pelanggan anda, jika mereka mengambil mencarum nanti. Anda boleh juga, jadikan kes tuntutan sebagai satu ‘case study’. Ini juga adalah tanda anda seorang yang sudah berpengalaman dalam bidang anda. Jika belum ada kes tuntutan, gunakan cerita orang lain dan olahkan dalam cerita anda.
  2. Tunjukkan personaliti anda. Bagaimana? Gunakan isu semasa misalnya. Hari ini, kes jerebu anda gunakan cerita jerebu dan olahkan. Tak perlu sepanjang masa nak cerita insurans / takaful – itu sangat macam ‘robot’.
  3. ‘Post’ secara konsisten. Cipta ‘schedule post’ iaitu post yang anda sudah tulis akan dipamerkan pada waktu yang telah set. Audiens suka FB Pages yang kerap ‘post’ – iklan Milo pun sampai sekarang masih mengiklankan Milo. Dalam bisnes, konsistensi adalah petanda anda seorang yang bagus!

#. Model lebih bergaya.

  1. Tentukan target audiens. Untuk menjadikan post anda lebih ‘kena’ pada siapa yang perlu baca, anda perlu pilih audiens anda. Produk tertentu untuk audiens tertentu. Maksudnya, pasaran insurans / takaful walaupun masih besar, tak semua orang anda perlu pasarkan. Pilih skop kecil dan fokus.
  2. Gunakan ‘booster’ untuk viralkan post anda. Apabila anda kerap post melalui FB, anda akan tahu mana satu ‘post’ yang bagus dan diterima oleh audiens sedia ada. Post yang bagus ada potensi untuk didedahkan kepada audiens yang lebih besar. Gunakan FBAds, labur sedikit untuk hasil yang lumayan.
  3. Gabungkan dengan platform media sosial lain. Anda ada blog? Buat ‘link’ terus ke FB Page anda dan sebaliknya. Guna apa sahaja platform lain seperti Instagram, Twitter, LinkedIn, Google Plus dan lain-lain. Bila satu konten berada di banyak platform, secara tidak langsung audiens anda semakin besar.

Buat masa ini, apa yang saya boleh kongsikan kepada anda.

Saya berharap yang baca ini adalah seorang ejen insurans / takaful. Semoga ilmu ini dipraktiskan bersama. S

See you at the top!

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s