Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Mahu kekal FOKUS? Ikut 11 Tips Ringkas ini.
- Makan pada waktu yang betul. Glukos dalam badan membantu minda anda tajam.
- Matikan telefon atau kurangkan penggunaan telefon. Kebanyakan aktiviti bersama telefon bukan perkara yang penting.
- Gunakan kerusi yang baik. Sebab itu bos-bos anda mempunyai kerusi yang empuk.
- Buat To-Do-List. Buat dengan ringkas dan habiskan.
- Pakai ‘headphones’. Dengar lagu klasik atau tidak mendengar apa-apa.
- Kosongkan meja. Meja yang kosong, membantu anda buat perkara satu demi satu.
- Tutup semua gajet. Kalau tidak perlu, matikan.
- Buat jadual harian dan ‘monitor’. Lihat berapa banyak masa digunakan dengan betul.
- Hargai diri anda. Bila anda sudah siap lakukan satu perkara, beri ganjaran pada diri anda.
- Gambarkan impian anda (dream board). Lihat setiap hari, bangun tidur dan bila nak tidur.
- Dapatkan pembantu atau teman; kucing, isteri dan pembantu. Kerja anda akan lebih efektif diselesaikan, lagi-lagi hal yang remeh-temeh.
Boleh faham apa tips ringkas ini?
Kongsikan jika beri manfaat kepada anda.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid