Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari itu saya temankan isteri saya ke pejabat KWSP. Saya dah lama tidak kesana, sebab saya bekerja tanpa majikan. Tiada majikan yang mahu mencarum untuk saya. Saja-saja keluarkan penyata nak lihat ada berapa. Alhamdulillah. Bolehlah fikir-fikir ada duit sikit bila hari tua nanti (KWSP bukan keutamaan saya).
Ini apa yang saya dapat belajar 2 jam berada di pejabat KWSP. Saya ceritakan melalui poin-poin.
#1. Penambahan Akaun 1. Penambah simpanan tidak semestinya ahli KWSP, tetapi penerima mestilah seorang ahli KWSP dan mesti belum 55 tahun (umur bersara), warganegara Malaysia. Boleh ditambah bila-bila masa dengan minima RM50 dari akaun bukan akaun KWSP. Penambahan ini, tidak layak dapat pengecualian cukai, tidak boleh dikembalikan.
#2. Penamaan, menamakan individu sebagai penama/pentadbir (Wasi). Digalakkan untuk mempercepatkan urusan pengeluaran apabila berlaku kematian. Dinasihatkan menamakan waris terdekat (tapi boleh individu lain cuma risiko kesulitan). Yang beragama Islam, mengagihkan mengikut Hukum Faraid.
#3. i-Akaun. Memudahkan kemaskini profil, akses kalkulator pelaburan, semakan penyata, penamaan & pengeluaran. Cara mendaftar boleh ke Kios KWSP atau kaunter.
#4. Pengeluaran pekerja pencen atau pesara pilihan.
#5. Pengeluaran umur 50 tahun. Pilihan untuk ahli mengeluarkan kesemua atau sebahagian simapanan dalam akaun 2, persediaan sebelum bersara. Boleh dibuat sekali sahaja.
#6. Tuntutan Harta Perkahwinan. Membolehkan ‘matrimonial asset’ membolehkan KWSP mematuhi perintah mahkamah berhubung tuntutan harta perkahwinan ke atas simpanan KWSP bagi ahli bukan Islam.
#7. i-Akaun Majikan. Kegunaan untuk majikan bagi perkhidmatan e-Caruman, e-CTML, daftar ahli baru (pekerja baru), menyemak nombor KWSP pekerja, semak transaksi caruman terkini dan akses kalkulator syer dividen bagi majikan kerajaan.
#8. Pengeluaran Membina Rumah. Membolehkan ahli mengeluarkan simpanan akaun 2 untuk biaya pembinaan sebuah rumah. Membolehkan sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara. Syarat utama adalah, kediaman itu diatas tanah milik sendiri atau suami/isteri, atas tanah Felda atau tanah milik agensi kerajaan. Manakala pembiayaan mestilah institusi kewangan yang dilesenkan, majikan ahli, koperasi (lulus Suruhanjaya Koperasi Malaysia), kerajaan pusat / negeri. Boleh juga, syarikat insurans berlesen, pinjaman dibenarkan KWSP atau secara tunai. Rumah mestilah siap dalam masa 3 tahun dari tarikh permohonan diterima.
#9. Pengeluaran Hilang Upaya. Ahli boleh keluarkan semua simpanan KWSP tidak berupaya dari fizikal dan mental, setelah mencapai tahap Pemulihan Perubatan Maksima (MMI) untuk bekerja. Permohonan disokong laporan doktor tidak lebih enam bulan dari tarikh permohonan diterima. Amaun yang layak adalah semua. KWSP akan beri bantuan, RM5,000 sebagai bayaran simpati.
Siapa rasanya, masih belum menyimpan untuk persaraan, di Malaysia KWSP adalah salah satu instrumen untuk menyimpan dana persaraan.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid
1 Comment