Cara – Cara Menjadi Seorang Ejen Insurans / Takaful Yang Berjaya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, memang betul orang kata. Benda yang kita fokus, benda itu akan ‘bercambah’ (grow). Apabila saya fokus pada bisnes Insurans / Takaful, insha Allah ianya akan bercambah. Samada dari peningkatan rakan-rakan atau ‘referrals’ mengambil insurans / takaful melalui saya, atau lebih unik lagi – mahu melangkah ke karier sebagai seorang ejen insurans / takaful.

Sebelum ini, saya telah menulis potensi pendapatan dalam industri insurans / takaful, potensi kerjaya, potensi bonus dan tips-tips bagaimana hendak bermula dalam industri ini. Saya menulis sebagai rujukan saya, pada masa akan datang bila saya ada orang bertanya apa yang mereka boleh dapat kalau mempunyai karier dalam industri ini.

Hari ini ramai pula bertanya; “Abang, saya nak jadi ejen. Apa langkah yang perlu saya mulakan?”

Ini apa yang saya telah lakarkan, pada tahun 2013.

Langkah Seorang Ejen yang Baru : ROAD of SUCCESS – Don’t Delay Your Success

Setiap seorang yang ingin menjadi ejen insurans / takaful, anda kena tahu apa agensi yang anda bakal ikut. Setiap agensi, mempunyai struktur yang berbeza, dari segi perjalanan awal, cara pengendalian latihan dan ‘meeting’. Saya kongsikan, ini adalah yang saya lakarkan pada tahun 2013 dan ada perubahan pada struktur 2015.

Adib Yazid Langkah Langkah Menjadi Ejen

Langkah pertama; anda kena dengar dahulu BOP iaitu – Business Opportunity Presentation. Melalui BOP, anda akan faham mengenai perjalanan karier ejen, laluan yang lebih jelas, pemberian komisyen dan bonus dan idea-idea menjadikan karier anda lebih lancar. BOP pula, ada dua iaitu GBOP (grand business opportunity) yang dianjurkan oleh syarikat insurans / takaful atau agensi itu sendiri. Manakala MINI BOP adalah inisiatif dari seseorang yang membawa anda ke dalam industri ini.

Langkah seterusnya, anda kena pilih bilakah waktu yang anda sesuai untuk menduduki ‘test’ ringkas (bagi saya ringkas, ada yang kata mendebarkan).

  • Sebagai seorang ejen, adalah wajib untuk menduduki PCEIA (pre contract examination for insurance agent). Hanya boleh diambil pada hari bekerja melalui MII (Malaysian Insurance Institute), di Wisma Sime Darby. Topik terbahagi kepada 3 bahagian besar; Asas (A), General (B) dan Life (C). Untuk menjadi ejen insurans / takaful berkaitan nyawa, anda perlu mengambil test A & C. Mempunyai 50 soalan yang perlu dihabiskan dalam masa 2 jam (lihat semula website MII). Yuran ‘test’ ini telah berubah harga juga.
  • Kalau anda ingin membuat bisnes insurans sahaja (konvensional) anda hanya perlu menduduki test CEILLI (certificate examination in investment linked life insurance). Topiknya berkisarkan segala pelaburan instrumen yang wujud di Malaysia dan menyentuh juga mengenai invesment-linked insurance. Mempunyai 50 soalan juga. Yuran test ini juga telah berubah harga. Hanya boleh diambil ketika hari bekerja, di Wisma Sime Darby. Kebiasaaan, kebanyakan mereka ambil PCEIA dan  CEILLI pada hari yang sama. Satu sesi pagi, satu sesi petang.
  • TBE (takaful basic examination) adalah untuk ejen yang hendak menjual produk takaful sahaja. Bagusnya, boleh diambil ketika hujung minggu dan banyak tempat boleh mengambil ujian ini. Siapa yang sudah lepas PCEIA, insha Allah akan lepas TBE dengan jayanya (dalam PCEIA ada sentuh mengenai Takaful juga).

Langkah ketiga, anda kena menyiapkan Projek 100 – projek menyenaraikan 100 potensi bakal-bakal klien anda. Bagaimana potensi klien anda? Senang sahaja – sesiapa sahaja yang ada rasa dan lihat, anda mahu menjadi klien anda.

Ketika proses ini, kebanyakan potensi ejen akan risau:

  • Nak cerita apa bila jumpa klien?
  • Macam mana nak jawab kalau klien tanya begini / begitu?
  • Macam mana nak kira quotation?
  • Macam mana nak hilangkan rasa takut?
  • Pengetahuan mengenai produk tak tahu langsung.
  • Kalau prospek nak, nak isi borang macam mana. Tak reti lagi.
  • Dan banyak lagi.

Isu-isu ini akan timbul, seperti saya bila di awal karier. Di sini anda belajar dari orang lain. Bagaimana anda nak belajar? Anda kena hadiri ‘meeting’ dan ‘training’. Meeting adalah bukan seperti mesyuarat di pejabat-pejabat anda, tapi lebih kepada sesi perkongsian apa yang ejen lain sudah buat atau sedang buat. Di sini juga, ejen-ejen lama akan berkongsi tips dan pendapat mereka untuk lebih berjaya dalam industri ini. Di agensi saya, Khalifah Group akan mengadakan ‘meeting’ setiap Selasa malam, dari pukul 8 malam sehingga 10 malam sahaja.

Traning adalah latihan dimana ejen-ejen dilatih melalui penerapan KASH. Knowledge (pengetahuan), Attitude (sikap-sikap), Skill (skil-skil) dan Habit (tabiat). Di sini, kebanyakan pelatih-pelatih akan mengajar ejen baru bagaimana proses jualan polisi insurans / takaful menggunakan ‘THE SALES CYCLE’.

Ejen-ejen baru ada yang berani untuk bersemuka dengan prospek. Ada juga yang gugup. Di sini pendekatan JFW (joint field work), di mana ejen senior akan menemani anda sebagai ejen baru bersama-sama berjumpa dengan prospek. Ada setengah ejen baru, selepas 2-3 sesi JFW sudah selesa bergerak sendiri. Ada juga, sehingga 10 kali baru selesa untuk bergerak sendiri. Normalnya, selepas 5 kali sudah pandai bergerak sendiri.

Selepas anda mempunyai 5 atau 10 klien baru, (terpulang kepada agensi masing-masing), anda ditawarkan untuk didaftarkan sebagai ejen yang rasmi. Kenapa anda kena perlu ada 5 hingga 10 klien?

  1. Sebagai permulaan, untuk lihat adakah bisnes ini sesuai untuk anda ataupun tidak. Jangan terburu-buru menjadi ejen insurans / takaful.
  2. Sebagai benchmark permulaan bisnes anda dan melihat potensi anda masa hadapan. Ada ejen baru, dapat 10 klien dalam masa sebulan. Ada jenis 4 bulan. Di sini, anda boleh lihat dimana pasaran yang sesuai anda fokuskan.
  3. Mengenai kelemahan dan kekuatan. Dalam proses mendapatkan 10 klien ini, anda akan kenali diri sendiri sebagai seorang ‘usahawan’. Adakah anda jenis agresif, jenis rilek-rilek atau jenis kena berteman / ditegur baru boleh bergerak.
  4. Pendapatan tambahan untuk bergerak dengan cepat. Bila anda dapat 10 klien, komisyen anda sudah RM500 lebih (atau lebih lagi). Ianya sebagai motivasi tambahan untuk anda bergerak lebih laju. Lebih-lebih lagi, dengan 10 klien ini anda akan diberi pelbagai anugerah sebagai orang baru dalam industri ini.

Anda akan diberi kontrak bersama syarikat insurans / takaful. Contohnya, jika bersama Khalifah Group anda akan bersama syarikat Prudential. Lihat sahaja, rajah di atas.

Harap apa yang tulis ini boleh memberi gambaran jelas bagaimana permulaan seorang ejen insurans / takaful.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

16 Comments

  1. Muhamad azam bin yaakub says:

    Salam bos…sy azam duk di subang airport nie… pikir2 nak join jadi agent insuran rasanya…nak buat full time sbagai agent insuran..no phone n wassap 013 9433735

    Like

  2. Adirah dirah says:

    Good sharing… Thank you so much!

    Like

    1. Adib Yazid says:

      Terima kasih membaca

      Like

  3. Mohamed Fais says:

    Salam, khalifah group ni masih accepting orang baru tak? Kalau ya, boleh tolong email saya contact number? Saya jual insurans sekarang tapi melalui telemarketing. Minat nak menjadi agent.

    Like

  4. Liana says:

    Hi. Sy liana, berminat nak join agent insurans whtspp saya 0178170816

    Like

  5. ruhiffa razali says:

    salam saya nak tnya cara2 nak jadi agent insurans utnk general.. tp saya zero xtau mne nk start.

    Like

    1. Adib Yazid says:

      Wasalam. Boleh Whatsapp/Call saya di nombor telefon 019 – 366 0319

      Like

  6. era says:

    Kalau nak jadi agent part time boleh ke? Atau mmg full time je?

    Like

    1. Adib Yazid says:

      Boleh jadi part time, dan memang digalakkan bermula sebagai part time sebelum full time.

      Like

  7. Hamiza says:

    Assalamualaikum,
    Tuan untuk bergerak sebegai ajen general insurans pula bagaimana?

    Like

  8. Aziz Yusof says:

    Hi, bagaimana saya nak jadi agent insurans, boleh emel saya ke ajsstm@gmail.com, tq

    Like

  9. Zunia says:

    Salam..sy berminat untuk jadi agent.. Tp menetap di Kuantan..Ade cawangan di sini.. Was up sy 0199854493.. Tq.. Kena berkongsi pengetahuan and a ttg insurans.

    Like

  10. Azlifah says:

    As Salam,sy berminat untuk join ajen Prudential..Ni no whatsapp sy 0173737928

    Like

  11. Roseliza says:

    Salam sy berminat utk jdi agent.. tp pengalaman blm ada lg, blh sy thu mcm mn cara2.. blh wasap sy 0192622150

    Like

  12. aminuddin says:

    sye nk jdi agen ni no wssap

    Like

    1. Adib Yazid says:

      Boleh whatsapp saya: 019 366 0319

      Like

Leave a Reply to Liana Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s