Sesi One-On-One : ‘Case Study’, Menguruskan Kewangan Lelaki Berumur 55 tahun.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Seorang lelaki ingin bercerita kepada saya.

Menurut beliau, ayah dia telah diberi tawaran untuk bersara awal pada umur 55 tahun, yang sepatutnya pada umur 60 tahun. Syarikat ayah dia bekerja memberi separuh gaji ayah dia; iaitu RM3500 sebulan selama 60 bulan. Dari umur 55 hingga 60 tahun. Jumlah disini, bersamaan RM210,000.

Ayahnya mempunyai ‘lifestyle’ berdasarkan gaji RM7,000 – jadi untuk hidup dalam separuh daripada gaji; iaitu RM3500 adalah satu perkara yang baru. Apabila saya bertanya mengenai apakah komitmen yang perlu ditanggung, ini adalah jawapannya (saya minta anak lelaki sebutkan):

  • RM1200 hanya untuk rumah dan hutang ‘personal loan’. (Rumah RM800 dan Personal Loan RM400)
  • RM600, pembiayaan anak bongsu yang masih belajar.
  • RM230 (lebih kurang) hutang kad kredit.
  • RM350, insurans peribadi.
  • RM750, ansuran kereta bulanan.

Jumlah semua adalah RM3130. RM3500 ditolak dengan RM3130, baki yang tinggal adalah RM370 sahaja. Ini belum termasuk makan minum, duit nak berjalan (minyak dan tol), dan belanja-belanja lain.

Seterusnya saya meminta beliau tulis hutang-hutang yang ada dan aset-aset yang sedia ada. Duit KWSP, telah dikeluarkan untuk menyelesaikan hutang-hutang lain, dan ini apa yang ayah dia ada.

Hutang:

  • Hutang ‘personal loan’ baru RM10,000.
  • Hutang rumah yang didiami RM40,000 (baki)
  • Hutang kereta yang baru dibeli ketika raya 2015, RM64,000.
  • Hutang kad kredit (maksimum) RM10,000.

Aset pula, adalah:

  • Wang tunai di bank – RM24,000.
  • Pelaburan di amanah saham (unit trust) bernilai RM205,000. Unit ini adalah jenis ‘equity’.
  • Pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM50,000.

Apa sebenarnya yang boleh dilakukan oleh lelaki ini, ayah dan anak ini?

Sebenarnya sukar bagi saya nak faham situasi ini – sebab utama ianya adalah ‘persaraan’. Ianya penuh emosi. Pertama sekali, apa yang boleh bantu adalah melihat baki-baki hutang yang ada (sebab usia persaraan – hutang seperti ‘personal loan’ dan kad kredit adalah BIG NO NO NO)

  • Dengan RM24,000 baki tunai yang ada, selesaikan hutang kad kredit terlebih dahulu.
  • Baki yang ada dari RM24,000 telah menjadi RM12,000 (mungkin ada caj lambat pada kad kredit, saya kira sekali).
  • Baki ini saya minta selesaikan hutang ‘personal loan’.
  • Bila selesai kedua ini, komitmen bulanan kad kredit (RM230) dan ‘personal loan’ (RM400) akan dikurangkan.
  • Ianya menjadikan pertambahan lebihan tunai dari hanya RM370 kepada RM1000 (RM370 dicampur RM400 dan RM230).
  • Ayah dia, mempunyai niat untuk menjual kereta yang baru sahaja yang dibeli. Saya tidak mencadangkan perkara itu, tapi setelah ‘fact finding’ ayah dia ada kenderaan lain, ada bagusnya menjual kereta tersebut.
  • Jadi ada lebihan tunai bulanan RM750. Ianya bertambah dari RM1000 kepada RM1750.
  • Baki hutang yang tinggal adalah RM40,000 iaitu hutang rumah sahaja.
  • Pelaburan di ASB saya nasihatkan hanya letakkan di situ, jadikan ianya sebagai ‘core’.
  • Pelaburan di unit trust berdasarkan ‘equity’, saya mencadangkan baik dipindahkan ke dana simpanan yang kurang berisiko – jadi saya memilih Tabung Haji.
  • Hutang rumah, ada lebih baik di bayar, untuk penjimatan tahun membayar. Gunakan duit RM40,000 dari RM205,000 (duit yang bakal dipindahkan ke TH) membuat ‘lump sum’ bayaran.
  • Jadi tunai hanyalah RM50,000 (ASB) dan RM165,000 (TH). Jumlah RM215,000.
  • Tiada hutang, dan setiap bulan menerima RM3500 tapi berdasarkan komitmen bulanan hanyalah anak bongsu (RM600) dan insurans peribadi (RM350). Jumlah komitmen hanyalah RM950 sahaja.
  • RM3500 ditolak dengan RM950, baki tidak digunakan RM2550.
  • Baki ini saya sarankan, tidak digunakan kesemua. Sebahagian ditambah ke dana persaraan RM215,000.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

1 Comment

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s