Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semalam saya mengikuti lagi kelas ‘Bantahan Jualan’ oleh Fazwan. Ini ada beberapa tambahan jenis Bantahan Jualan (ada juga yang pernah disebut di Bahagian 001, tapi cara ‘handle’ yang berbeza).
Bahagian 001
- ‘ Tak cukup duit. ‘
- ‘ Nak tanya suami / isteri. ‘
- ‘ Ambil dengan sepupu / saudara. ‘
- ‘ Tunggu minggu / bulan depan. ‘
- ‘ Esok tak sakit lagi. ‘
- ‘ Nak survey, survey dulu. ‘
- ‘ Tak minat. ‘
- ‘ Dah ada company cover. ‘
- ‘ Dah ada-lah. ‘
- ‘ Mahal. ‘
- ‘ Nak kahwin la. Tunggu. ‘
- ‘ Nanti dulu. ‘
- ‘ Tak perlu kot. ‘
- ‘ Insurans tak percaya / menipu. ‘
Penambahan Bantahan Jualan 001:
#2. ‘Nak tanya suami / isteri.’
- Bagus! Sangat bagus! Apakata kita set berjumpa sama sekali.
- Alangkah baiknya, saya yang jumpa suami / isteri. Saya terangkan 10 benda. Anda nanti naik kereta, dah lupa tinggal 8 benda. Balik rumah, sibuk dengan anak, nak mandi – tinggal lagi 4 benda. Boleh ke terangkan ke sepuluh benda tadi (manfaat)?
#7. ‘Tak minat’.
- Saya tahu kenapa tak minat? (diam, tunggu dia tanya. Biasanya dia akan tanya, apa sebab?) Kau minat ke nak tahu? Kau tak minat sebab kau tak tahu.
- Saya bersyukur, sebab saya jumpa orang yang tak minat. Kenapa? Bila ada minat tiba-tiba nak ambil, saya tahu dia memang tak boleh ambil sebab dah sakit.
#10. ‘Mahal’.
- Saya faham mahal. Saya selalu letakkan macam saya nak ‘propose’ adik saya. Saya nak bagi yang terbaik pada adik saya, ianya mungkin ‘pricey. Sebab saya tahu, benda baik memang tak murah. Worth for money.
#11. ‘Nak kahwin la. Tunggu.’
- Bagus menyimpan untuk kahwin. Andaikata, jatuh sakit – apendiks perlukan RM10,000. Mesti nak pakai duit tu. Rasanya dah pakai duit tu, boleh kahwin ke tak? Ke nak tangguh? Kalau tangguh boleh tahan ke perasaan nak kahwin tu?
#12. Nanti dulu
- Nanti dulu ni bahaya. Pernah tak bawa kereta, tiba-tiba 1 saat tertidur. Kalau berlaku, apa yang bakal terjadi? Hanya satu saat dah boleh jadi macam-macam, apatah lagi bertangguh-tangguh.
- Ada 3 waktu sesuai ambil insurans / takaful. Satu, ketika masa kecil sebab ianya murah. Dua, 120 hari yang lepas – sebab dah habis ‘waiting period’. Tiga, waktunya adalah sekarang.
#14. ‘Insurans tak percaya / menipu.’
- (Tak percaya) Ya, memang tak percaya tu biasa. Tapi aku percaya satu benda – ramai orang tak mahu masuk TV, masuk radio menagih belas kasihan minta bantuan.
- (Menipu) Sebab tak boleh ‘kelim’? Kau tahu, kalau orang kentut dalam lif, tak ada siapa mengaku. Kalau orang berak tepi jalan, tak ada siapa nak mengaku. Insurans / takaful, nak bagi beribu-ribu kat orang lain – tak akan bagi macam tu tak tanya? Biasa ‘kelim’ tak berjaya sebab ada benda mereka sembunyikan.
Bantahan Jualan 002
- (15) Tak ada bajet.
- (16) Hospital kerajaan kan ada.
- (17) Tak penting.
- (18) Sihat je. Tak pernah sakit.
- (19) Nak compare-compare dulu.
- (20) Tak ada perlindungan famili.
- (21) Produk ini sokong Yahudi.
- (22) Kelim / tuntutan lambat.
#15. ‘Tak ada bajet’.
- Tak ada bajet? Biar betul. Kalau sihat macam ini pun tak ada bajet, kalau sakit lagi lah parah tak ada bajet.
- Semua yang saya pernah jumpa, semua cakap awal-awal tak ada bajet. Tapi semua ini, cakap tak nak masuk suratkhabar / TV meminta-minta.
#16. ‘Hospital kerajaan kan ada.’
- Betul ada. Tapi hospital kerajaan pun tak semua ‘cover’ – cuba tanya, mesin chemo dia bagi ‘free’ tak?
- Hospital kerajaan bagi lah orang yang tak mampu. Saya percaya anda mampu, untuk berada di hospital swasta.
- Sanggup ke? Hospital kerajaan, semua orang boleh masuk – Bangla, Myanmar, Nepal pun terbaring sekali. Saya tanya, boleh tahan ke?
- Hospital kerajaan memang bagus. Tapi saya bagi pilihan. Hospital kerajaan ada berapa sahaja – dua atau tiga. Tapi kalau anda ada insurans / takaful, anda tambahan 10 hospital boleh pergi.
#17. ‘Tak penting’.
- Pernah tengok selipar jepun. Selipar tu penting ke tidak? Kadang-kadang jadi tak penting, sebab ada kasut. Tapi jadi penting bila kita nak pergi wuduk / hari hujan.
- Ada kereta kan? Pernah tak bawa kereta tanpa ‘tanya spare’?
- Dalam kereta ada payung tak? Kenapa simpan payung dalam kereta?
- Di rumah, ada simpan lilin tak? Sebab apa? Kalau ‘black out’ bolehlah hidupkan, kasi terang sementara.
#18. ‘Sihat je. Tak pernah sakit.’
- Ada seorang sahaja yang saya kenal, memang tak pernah sebut tak pernah jatuh sakit. Dia paling popular. Nak kenal? Nama dia Firaun. Awak orang kedua la ni, saya tahu tak pernah sakit.
#19. ‘Nak compare-compare dulu.’
- Bagus nak compare. Bahagian mana kau nak compare? Syarikat, sejarah kelim, produk atau ejen?
- Boleh nak compare, tapi pastikan kau compare secara adil. Di Malaysia ada lebih 10 syarikat, kau wajib compare semua – baru adil. Boleh janji macam tu?
- Compare produk? Setiap tahun, semua syarikat akan sentiasa keluarkan produk baru, berinovasi. Macam MILO, sentiasa ada produk MILO baru.
- ‘There is no good policy, until claim is successful.’
- Gunakan presentation Ali & Abu, ceritakan cooling period 14 hari.
#20. ‘Tak ada perlindungan famili.’
- Bayangkan ada di rumah, ada 4 biji kereta. Ada satu insurans / takaful, cover 4 biji kereta atau setiap kereta ada satu insurans / takaful sendiri. Setiap kereta CC dan saiz berbeza.
- Insurans / takaful adalah perlindungan – umpama baju. Nak satu baju kongsi 5 orang, atau setiap orang ada baju masing-masing?
#21. ‘Produk ini sokong Yahudi.’
- Wow. Nak keluarkan produk / pelan begini lagi-lagi Takaful, kena ada kelulusan Bank Negara dan ada panel Shariah lagi nak sahkan. Saya percaya mereka daripada saya percaya anda.
#22. ‘Kelim / tuntutan lambat.’
- Lambat atau cepat, bukan sebab syarikat tapi apa ‘requirement’ dari mereka, seberapa cepat kita bagi atau lambat bagi.
Kalau ada tambahan lagi, sila kongsikan pengalaman anda.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid
1 Comment