The Recruitment Cycle – Tugasan Seorang ‘Leader’ / Ketua Pasukan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pengalaman saya apabila berada di seminar BAMC (Basic Agency Management Course), seminar yang anda patut pergi apabila anda ingin meningkatkan karier dari seorang ejen insurans / takaful menjadi seorang ketua agensi – apa bila ditanya, apakah tugasan seorang ‘leader’.

Jawapannya, tersangatlah BANYAK!

Kena buat itu, kena buat ini – masa itu ianya sanga tmembuka mata: ‘It’s tough becoming a leader.’

Saya mengambil masa yang agak lama nak hadamkan apa yang saya belajar dari seminar BAMC ini. Ini yang saya berjaya rumuskan, mengikut pemahaman saya.

The Recruitment Cycle - Adib Yazid

Untuk menyenangkan cara saya berfikir dan meringkaskan apa yang saya faham, tugasan ‘Recruitment’ hanya mempunyai 5 PERKARA yang penting.

#1. ‘Recruitment’ dan ‘Selecting’ – anda kena mempunyai profil ejen bagaimana yang anda mahu dalam agensi anda – mahu seorang yang kompeten atau seorang yang ‘good follower’. Anda akan mengajak mereka, mendidik mereka dan kenalkan kepada mereka tentang industri ini. Ada sesetengah ‘leader’ – nombor adalah penting. ‘Recruit’ seberapa banyak yang mungkin, dan baru ada proses ‘Selection’. Saya suka ‘Selection’ dari peringkat awal lagi.

#2. ‘Training’ dan ‘Coaching’ – membuat latihan dan melatih adalah dua perkara berbeza. ‘Training’ iaitu latihan, perlu diberi supaya ejen yang anda ‘recruit’ boleh menjadi seorang yang kompeten pada masa akan datang. ‘Coaching’ pula lebih kepada sesi one-to-one, berhadapan bersama membantu apa yang ejen ini kekurangan atau mencungkil kebolehan pada tahap optimum.

#3. ‘Supervision’ dan ‘Monitoring’ – anda kena lihat, perhati apa yang ejen anda sedang lakukan. Kebiasaanya, akan lihat pada aktiviti yang mereka lakukan. Gunakan The Sales Cycle & PDCA, sebagai cara atau ‘tool’ untuk sistem ‘monitoring’ anda.

#4. ‘Planning’ & ‘Adminnistering’ – anda kena merancang dan perlu ada cara sendiri mengurus apa yang anda ingin lakukan dalam pembentukan agensi anda.

#5. ‘Production’ & ‘Activities’ – ini adalah proses kritikal dan penting. Anda terlibat sekali, dan ini adalah tujuan utama kepada anda berada dalam industri ini: Membuat ‘sales’.

Sebab itu, saya meletakkan ‘The Sales Cycle’ dan ‘PDCA’ berkaitan antara 4 dan 5.

Ini adalah ringkasan dan rujukan pada saya pada masa hadapan. Kadangkala ilmu yang kita dapat, adalah sangat berterabur, jadi ini adalah inisiatif saya untuk menyusun apa yang saya belajar.

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s