Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ada orang bertanya pada saya, walaupun saya tiada bos, tiada ‘punch card hour’ atau tiada siapa yang mendisplinkan diri, apakah yang bagi motivasi pada saya untuk bergerak jauh?
Ini apa yang saya belajar pada tahun 2014, mengenai keperluan motivasi seseorang.
Pada awalnya, kita melakukan sesuatu untuk memenuhi keperluan asas diri kita dari sudut psikologikal seperti keperluan untuk makan dan minum, mempunyai tempat tinggal dan pakaian. Selepas ini dipenuhi, kita akan bersungguh melakukan sesuatu untuk dapatkan rasa ‘selamat’ (sekuriti) – mendapat pekerjaan yang tetap, pendapatan yang stabil. Disebabkan itu, kita mampu membeli rumah atau kereta.
Barulah kita mula melakukan sesuatu untuk ‘status sosial’ – dari kereta yang hanya untuk bergerak, mendapatkan kereta yang mahal, rumah yang besar dan melancong ke luar negara sebagainya. Apabila kesemua sudah dipenuhi, adalah proses memenuhi apa yang kita mahukan.
Mulanya, saya mengikut cara motivasi mengikut The Maslow Hierarchy tapi lama kelamaan, saya menemui jalan buntu – apakah yang boleh motivasikan saya seterusnya. Lalu, saya pergi ke kelas Dr.Azizan dan diajar mengenai ini – Enam Keperluan Manusia untuk Melakukan Terbaik dalam Kehidupan.
Kongsikan bagaimana anda boleh dimotivasikan.
Setiap orang mempunyai jalan cerita yang berbeza.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid