Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kebanyakan hari ini, baru sahaja memiliki insurans / takaful. Adalah menjadi keutamaan kepada yang tak pernah masuk hospital dan pertama kali dalam hidup mempunyai kad medikal. Soalan lazim yang keluar dari mereka adalah:
“Macam mana nak admit?”
“Tunjuk sahaja, okay ke?”
“Ada apa-apa bayaran tak kena nanti?”
Untuk memudahkan cara, ini adalah panduan (tak banyak) yang sedikit sebanyak boleh membantu anda bila nak masuk hospital (admission).
Sebelum Masuk Hospital: Dimana hendak membuat urusan?
Pertama sekali, untuk urusan kemasukan ke hospital termasuklah urusan keluar hospital, kebiasaannya berada di lobi. Ada beberapa hospital swasta, apabila luar waktu kerja urusan kemasukan / keluar boleh dibuat di bahagian kecemasan.
Pembayaran Deposit
Apabila anda disahkan untuk masuk ke hospital, kita sebenarnya boleh minta pihak hospital ataupun doktor memberi anggaran jumlah pembayaran yang perlu dibuat apabila keluar nanti. Wang deposit pasti diperlukan untuk kemasukan. Kalau anda mempunyai insurans / takaful, jika Prudential BSN Takaful akan meminta dalam anggaran RM300 hingga RM500 – bergantung juga apa jenis kad medikal yang anda miliki.
Jika tiada insurans / takaful, amaun deposit yang besar diperlukan – ada menjangkau lebih RM5000 (jika pesakit perlu dibedah). Pembayaran deposit ini, boleh dibayar menggunakan wang tunai ataupun kad kredit / kad debit.
Isu Guarantee Letter dari syarikat anda bekerja / syarikat insurans atau takaful
Pihak hospital akan menerima Initial Guarantee Letter daripada syarikat anda bekerja atau syarikat insurans atau takaful anda. Untuk memudahkan cara, atau bukti anda mempunyai polisi dari mereka, tunjukkan kad medikal atau kad insurans ketika proses kemasukan ke hospital. Jika tiada (disebabkan hilang dll), anda gunakan kad pengenalan anda dan meminta mereka berhubung dengan pihak insurans / takaful anda untuk tujuan pengesahan.
Proses pengesahan atau jaminan dari pihak insurans / takaful / syarikat boleh berlaku antara 1 hingga 3 jam (standard of procedure ditulis adalah 1 jam. Maka faham-fahamlah). Bergantung apa jenis polisi yang anda miliki, anda kena membayar wang deposit dan beberapa perkara yang anda faham, yang tidak dilindungi dibawah polisi anda.
Sebab itu, saya selalu kata – apabila masuk hospital, baru nak baca polisi secara terperinci.
Barang yang perlu dibawa / tak perlu dibawa
PERLU DIBAWA
- Untuk keselesaan, bawa barang peribadi seperti berus gigi sendiri, pencukur dll.
- Bawa selipar sendiri, senang kalau nak bergerak (lagi-lagi kalau jenis tak duduk diam)
- Pakaian yang selesa, jika anda selesa untuk pakai sweater apabila malam.
TAK PERLU DIBAWA
- Barang-barang kemas seperti berlian.
- Duit yang banyak sampai beribu-ribu.
- Peralatan memasak / barang elektrik seperti hairdryer.
Waktu Menerima Pelawat / Tidur Semalaman
Untuk keselesaan, pelawat tidak dibenarkan tidur bersama pesakit kecuali ibu bapa yang bersama anaknya sebagai pesakit. Jika mahu menemankan suami / isteri / adik beradik, perlu minta kepada pihak hospital. Kebiasaan waktu menerima pelawat adalah pukul 10 pagi hingga 2 petang dan 4 petang hingga 10 malam. (bergantung kepada hospital). Jika ada tambahan selimut dan tilam, bayaran akan dikenakan dan tidak ditanggung dibawah insurans / takaful anda. (bergantung polisi anda miliki)
Proses Keluar Hospital (Discharge)
Hospital ini macam hotel pun ada. Check out time adalah pukul 12 tengahari. Jika pada situasi tertentu, anda mahu lanjutkan tempoh berada dihospital selepas bil disiapkan (melalui insurans / takaful), anda perlu menangung bayaran itu sendiri.
Jika pembayaran kemasukan ke hospital ini tidak ditanggung oleh syarikat anda bekerja / insurans dan takaful, disebabkan beberapa isu (polisi belum habis menunggu, penyakit tidak dilindungi contoh berkaitan kehamilan dan lain-lain), anda perlu menanggung segala bil hospital sebelum anda dibenarkan pulang ke rumah.
Jika pembayaran kemasukan hospital ini, jaminan ditanggung oleh syarikat anda bekerja / insurans dan takaful, anda perlu bersabar untuk proses keluar hospital ini. Proses ini bergantung kepada proses dokumen yang lengkap dari pihak hospital dan dari pihak insurans / takaful. Jika terdapat kemusykilan kenapa lambat sangat, anda boleh rujuk terus kepada syarikat insurans / takaful anda, atau menghubungi ejen anda.
Jika anda beberapa poin yang perlu ditambah mengenai proses kemasukan ke hospital atau keluar ini, sila-silalah tambah.
Ada bakat tak kerja di bahagian customer service hospital? Haha.
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid
1 Comment