Khalifah Group – Kriteria Untuk Menjadi Unit Manager I

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, minggu lepas saya sempat bertalaqi dengan pengasas Khalifah Group berkenaan kriteria untuk menjadi Unit Manager I. Walaupun syarikat Prudential sendiri mempunyai kriteria yang minimum, tetapi untuk lebih senang di masa hadapan Khalifah Group telah mempunyai kriteria tersendiri.

Setiap agensi hari ini mempunyai kriteria masing-masing.

En. Bain berkongsi, visi syarikat adalah 2.27.18 – bermaksud, mencapai jualan 2 Billion dengan ‘agency force’ 27,000 ejen pada tahun 2018. Itu adalah visi besar syarikat. Khalifah Group sendiri mempunyai visi yang perlu sama dengan visi syarikat iaitu mencipta 60 Quality Leader yang baru.

Pada hari ini, di Khalifah Group sudah ada 18 Quality Leader. Baki yang diperlukan adalah seramai 42 orang – dari golongan PWP tahun 2015. Menurut beliau, setelah berbincang Khalifah Group telah menetapkan LIMA kriteria utama:

  1. Sekurang-kurangnya telah mempunyai pengalaman menjadi seorang Starclub.
  2. Mempunyai pendapatan bulanan, melebihi RM8,000 sebulan.
  3. Mempunyai enam ejen ‘direct’.
  4. Di kalangan ejen, ada ejen yang sudah berstatus ‘full time’.
  5. Jualan kumpulan ejen anda, sudah mencapai RM500,000 jualan.

Khalifah Group ada sebab tersendiri kenapa perlunya, 5 kriteria ini.

 

#. Sekurang-kurangnya telah mempunyai pengalaman menjadi seorang Starclub.

Menggunakan formula 3-3-3, iaitu trek pantas untuk menjadi seorang Unit Manager, setiap tahun perlulah ejen tersebut menjadi Starclub setiap tahun.

Atau dengan kata lain, setiap tahun mempunyai 100 klien. Dalam tempoh 3 tahun, sudah mempunyai 300 klien.

Apabila ejen tersebut sudah mencapai Starclub, dari segi pendapatan ejen tersebut sudah berada dalam keadaan baik, mempunyai profil yang mantap dan boleh menjadi testimoni pada orang lain.

Only success people can create more success people.

Sudah pasti, dari segi persistensi, status full-time, syarat untuk menjadi Unit Manager sudah cukup.

 

#. Mempunyai pendapatan bulanan, melebihi RM8,000 sebulan.

Apabila mempunyai agensi, jualan sudah melebihi RM1 juta (MDA) sebagai seorang leader perlulah mempunyai seorang PA (personal assistant). Tambahan, bayaran seperti kertas, mesin fotostat dan pelbagai lagi ianya adalah kos-kos yang ditampung oleh agensi.

Apatah lagi, dengan ‘reward system’ dan acara-acara dikelolakan oleh syarikat; ada kos yang perlu ditanggung.

Sebagai seorang ejen, perlulah jadi seorang ejen yang mempunyai kewangan yang stabil dan besar supaya melancarkan pergerakan agensi.

 

#. Mempunyai enam ejen ‘direct’.

Kenapa perlu mempunyai enam ejen, padahal kelayakan syarikat Prudential hanyalah 3 orang ejen sahaja (satu ejen buat RM50,000, dua orang ejen buat RM20,000 setiap satu)?

Ini adalah proses untuk mencapai gelaran MDA – Million Dollar Agency dengan cepat. 6 orang ni adalah tunjang utama, dan pada tahun sebagai UM1, pertambahan ejen pasti akan berlaku. Jadi MDA, adalah tugas yang mudah.

Ini juga mempercepatkan proses agensi itu sendiri, tidak lama menjadi UM1 dan terus naik menjadi UM2 pada tahun berikutnya.

 

#. Di kalangan ejen, ada ejen yang sudah berstatus ‘full time’.

Ejen ‘full time’ walaupun seorang amat penting dalam permulaan sebuah agensi. Jika tiada ejen ‘full time’ di pejabat, seorang ‘leader’ akan mudah de-moralize, sebab tiada kawan di pejabat nanti. Jadi lebih baik, mempunyai seorang ejen ‘full time’.

Di samping itu, ianya sebagai the apprentice atau the successor dalam agensi anda. Apabila ketiadaan anda di pejabat / meeting, boleh menjadi tempat rujukan atau tempat bertanya.

Lagi-lagi, kalau anda melancong ke luar negara. Sekurang-kurang ada seorang ejen boleh membantu anda menguruskan hal di dalam negara kelak.

 

#. Jualan kumpulan ejen anda, sudah mencapai RM500,000 jualan.

Ingat, RM500,000 jualan (termasuk diri anda) adalah jumlah jualan sebelum anda menjadi seorang UM1. Potensi untuk berkembang besar apabila anda menjadi UM1 – adalah sangat cerah.

Pertama sekali, sudah pasti untuk menambahkan pendapatan anda apabila bergelar UM1. Seterusnya mudah untuk mencapai MDA dan senang untuk pergi ke peringkat seterusnya, UM2.

 

Sebagai rumusan, 5 kriteria tersebut adalah:

 

Syarat-syarat lain adalah:

  • Lulus BAMC.
  • Selesai ALP AUM Plus dan FUFT (follow up follow through)
  • 2 tahun berturut PWP.
  • Persistensi tahun pertama 85%.

Khalifah Group juga akan mengadakan sesi ‘interview’ bersama 3 orang panel yang terdiri dari founder, co-founder dan leader sedia ada.

 

Memberi untuk menerima.

Adib Yazid

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s