sambungan dari : Bahagian 1.
‘Comfort Zone’ : Zon Selesa. Kenapa boleh masuk ke dalam zon selesa?
Melalui sesi perbincangan, ada banyak sebab kenapa seorang ejen boleh jatuh ke dalam zon selesa.
- Pendapatan dalam industri insurans/takaful sudah melebihi pendapatan pekerjaan sebelumnya.
- Tiada komitmen baru.
- Tiada impian yang besar.
- Sudah berpuas hati dengan apa yang dimiliki.
- Impian sudah dipenuhi.
- Keadaan dikelilingi oleh orang yang ‘comfort zone’ juga.
- Ego – tak mahu belajar lagi. Berhenti belajar, berhenti untuk maju.
- Takutkan kekayaan.
- Takutkan keadaan yang lebih susah akan datang.
- Takutkan persaingan.
- Mempunyai pandangan yang sempit, pandangan seorang ejen sahaja.
- Bersyukur dengan apa yang ada.
- Takut perasaan akan gagal (fear of failure)
- Kurang berdaya saing.
- Berasa letih atau penat.
- Merasa bosan.
- Tiada komunikasi / tiada mentor yang ‘monitor’.
- Mempunyai pendapatan lain.
Setiap orang yang sudah mengecapi kejayaan, adalah orang yang mudah terperangkap untuk jatuh dalam zon selesa.
Every achievement is sign of falling to comfort zone.
Walaupun apa saja alasan berada di zon selesa, En. Bain menggariskan empat sebab kenapa seorang ejen terperangkap dalam zon selesa.
- Tiada impian yang besar. (no big dream)
- Rasa malas yang kuat. (laziness)
- Mempunyai pendapatan lain. (surplus income)
- Tiada suasana yang efektif. (no peer pressure)
Untuk mengelakkan diri berada atau jatuh ke dalam zon selesa ini, kita kenalah faham industri ini bukan hanyalah berkaitan dengan wang ringgit atau potensi kaya duit sahaja, malah lebih dari yang lain. En. Bain menggunakan pendekatan TIPS (Believe) + TIPS (Do) = TIPS (Feel).
The Three T.I.P.S.
Ada 3 TIPS yang perlu kita tahu; PERCAYA kemudian BUAT dan RASA.
TIPS yang anda perlu PERCAYA adalah:
T (Time) – bidang insurans / takaful ini boleh beri kebebasan masa untuk anda tentukan. Anda boleh bekerja bila perlu, tidak perlu ‘punch card’, ikut masa bos anda, terkejar-kejar waktu mesyuarat dan sesak di jalan raya. (pergi dan pulang bekerja)
I (Income) – anda kena percaya peluang bisnes dalam insurans / takaful boleh memberi pendapatan yang tinggi apabila kena cara dan tindakannya.
P (Position) – kerjaya bukan sekadar ejen sahaja, anda boleh memajukan diri untuk pergi jauh dengan menjadi ketua unit atau ketua agensi.
S (Satisfaction) – anda akan puas sebab boleh membantu rakan-rakan anda, lebih dari anda mampu dengan menyelesaikan urusan tuntutan mereka.
Melalui TIPS ini, jika dah dapat kesemua di atas bolehlah diri sendiri dikategorikan jatuh ke dalam zon selesa. Jika belum, maka zon selesa yang ada sekarang adalah apa yang ada dalam minda dan jangkaan anda sendiri sahaja. Kalau pendapatan sudah mencecah 5 angka, kena tanya diri sendiri adakah ianya betul-betul mencukupi untuk diri anda. Cipta ‘new excitement’ untuk anda mampu pergi lebih jauh.
TIPS di atas boleh dicapai melalui TIPS berikutnya, TIPS yang perlu anda BUAT adalah:
T (Time Management) – pengurusan masa adalah kritikal dalam kerjaya anda apabila anda bermula sebagai ejen dan seterusnya. Gagal merancang masa, bermakna anda merancang untuk gagal. Anda kena hati-hati, jangan terlebih ‘enjoy’ hobi dari kerjaya anda.
I (Investment) – pelaburan di sini bukan sekadar pelaburan berasaskan duit. Ya, pelaburan hartanah, saham, bisnes lain adalah perlu supaya anda akan mempunyai lebihan tunai untuk mengembangkan bisnes anda. Pelaburan lain adalah pelaburan pada diri anda sendiri iaitu menambah ilmu. En. Bain berkata, beliau telah mengambil inisiatif untuk mempelajari teknik NLP (neuro logistic practitioner).
P (Profile) – anda kena cipta ‘profile’ anda yang bagus, menambah kredibiliti sebagai seorang ketua kelak. Misalnya, anda perlulah menjadi seorang Star Club supaya senang untuk anda melatih seorang ejen menjadi Star Club. Seorang yang ‘High Profile’ , apa yang diperkatakan lebih ‘mahal’. Walaupun ada ketua agensi yang tidak Star Club, tapi mampu melatih Star Club, tapi ratio-nya adalah near to none.
S (Sacrifice) – bisnes ini menuntut pengorbanan. Anda kena berkorban masa untuk kejayaan yang besar.
Selepas itu baru lahirlah TIPS (Feel) iaitu:
Takaful / Insurance Paling Sempoi! (atau Stim)
Beliau menambah, perlulah conditioning iaitu melatih minda ejen memandang industri ini dengan serius. Jangan kata, jadi ejen adalah peluang untuk pastikan ‘kereta anda dibayar oleh orang lain’ – konsep ini adalah salah. Kalau ianya berterusan, makan ejen akan mengganggap bisnes ini hanyalah untuk diri sendiri sahaja.
Latih ejen anda untuk memandang industri ini secara besar!
‘Business Opportunity Presentation’ : Ada Rekrut Seorang Leader, Bukan Seorang Ejen
Untuk menyenangkan diri anda pada masa akan datang, sebagai seorang leader / bakal leader, anda perlu rekrut seorang leader – bukan ejen semata-mata. Bagaimana? Proses atau permulaan anda bercerita tentang karier dalam industri insurans / takaful adalah sangat penting.
Apabila anda bercerita mengenai karier ini, tanya pada prospek ejen: Mahu berada di Phase I atau Phase II? Fokuskan pada pembinaan agensi dengan menjadi Agency Manager. Jangan terlalu fokuskan pada karier ejen sahaja.
If you do the same thing, day in & day out for 1000 days – you will lose the excitement.
Ceritakan pada prospek ejen anda juga, adakah Phase II sesuatu yang menarik berbanding Phase I. Kalau anda melihat prospek anda serius terhadap apa yang dibincang – katakan bahawa; untuk berada di Phase II memerlukan karektor yang berbeza, mempunyai ciri-ciri kepimpinan berbeza (leadership). Tanya soalan begini:
- Apa pengalaman anda menjadi seorang ‘leader’?
- Apa karektor ‘leader’ yang anda ada dalam diri anda?
- Apakah karektor seorang ‘leader’ yang sepatutnya?
- Adakah karektor ‘leader’ itu ada dalam diri anda?
bersambung
Memberi untuk menerima.
Adib Yazid
2 Comments